YA...BERI KAN SOKONGAN ANDA KEPADA AMIN IDRIS... KENA ADA ORANG AJAR DIA.



'Kena ada orang ajar dia'

28 April 2020

Personaliti televisyen Amin Idris (kiri) enggan tunduk ke atas tuntutan pendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq yang menggesa untuk memohon maaf serta membayar wang pampasan RM1 juta selepas didakwa menjatuhkan reputasinya di media sosial.

Menurut Amin, dia sengaja berbuat demikian sebagai memberi peringatan kepada Abu Syafiq bahawa gelaran ustaz tidak melayakkannya untuk mengecam seseorang.

"Semalam, saya mengarahkan peguam yang mewakili saya untuk membalas surat tuntutan dari Abu Syafiq (Rasyiq Alwi).

"Selepas berbincang bersama peguam, kumpulan penyelidik, saya nekad untuk tidak memohon maaf dan membayar ganti rugi RM1 juta seperti mana dituntut Abu Syafiq.




"Kena ada orang ajar dia. Seseorang yang diberi gelaran ustaz tidak wajar sesuka hati mengata orang lain di media sosial," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Amin, 39, memuat naik kenyataan melalui akaun Facebook miliknya menyindir tindakan Abu Syafiq yang mengecam seorang lagi pendakwah bebas iaitu Ebit Lew.

Perkongsian Amin itu menjadi tular sebaik ia dimuat naik ke media sosialnya.

Bagaimanapun, Abu Syafiq kemudian mendakwa kenyataan terbabit menjatuhkan imejnya selain peguam yang mewakilinya memaklumkan anak guam mereka menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat.

Pada masa sama - juga melalui Facebook - Amin berkata, dia lebih rela menyelesaikan konflik terbabit dengan kadar segera di mahkamah tanpa perlu menunggu tempoh tujuh hari diberikan Abu Syafiq berakhir.

"Jadi, Abu Syafiq...ini rasmi. Kita lawan di mahkamah. Mohon rakyat Malaysia doakan saya," katanya di Facebook.

"Saya diberi masa tujuh hari untuk mohon maaf dan bayar RM1 juta kepada Abu Syafiq. Jawapan saya, tidak perlu tunggu tujuh hari. Saman saya segera. Jumpa kamu di mahkamah," katanya.

Mengulas lanjut, Amin berkata, untuk seseorang yang biasa mengkritik orang lain, Abu Syafiq sewajarnya lebih bersedia apabila ada individu lain mengecam tindakannya.

"Kalau nak mengata kenalah bersedia untuk dikritik. Media sosial pula bukan medan untuk kita mengecam orang lain, kena jaga adab dan etika," katanya.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pihak Abu Syafiq untuk mengulas lanjut isu berkenaan.