UMNO SABAH TERUS MELUKUT DI TEPI GHANIMAH KUDETA







Demikian lontaran perasaan Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin dalam wawancara khas anjuran Penerangan UMNO Malaysia baru-baru ini. Jelas UMNO Sabah cuba diperkecilkan oleh BERSATU, walaupun mereka menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8. Ketidakpuasan hati UMNO Sabah itu mendorong Presiden UMNO Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada 17 April lalu, menuntut agar beberapa pemimpin parti itu diberi jawatan dalam kerajaan Muhyiddin Yassin. Surat itu antara lain meminta Bung Moktar dilantik sebagai pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah. Adakah surat Zahid itu satu usaha pembulian UMNO terhadap Muhyiddin? Atau memang sewajarnya UMNO Sabah mendapat ghanimah hasil persekongkolan mereka dalam kudeta yang menumbangkan Kerajaan yang dipilih oleh mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14? BERSATU kini mempunyai 6 Ahli Parlimen di Sabah, BARISAN NASIONAL (2) dan Gabungan Sabah terdiri daripada PBS, STAR dan PBRS masing-masing 1 kerusi. 13. Begitulah cara Muhyiddin yang mahu mengukuhkan kedudukan BERSATU di Sabah. Walhal semua ahli BERSATU dari Sabah adalah mereka yang melompat parti.