Saya telah membaca jawapan Dr Maza ke atas salah seorang ahli Amanah yang bertanya kepada Mufti Perlis itu mengapa beliau menyokong pengkhianatan sehingga menjatuhkan kerajaan PH, iaitu kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu.
Dr Maza memberikan hujahnya, di antara lain;
1. Isu janji PM7 Tun M kepada PM8, iaitu Anwar Ibrahim. Dr Maza kata, beliau dan rakyat tidak terikat dengan janji2 tersebut.
Hujah saya, seperti perjanjian Hudaibiyyah di antara Nabi Muhammad SAW, puak Islan dengan puak Musyrikin Mekah. Di antara syarat di dalam perjanjian tersebut, umat Islam hanya boleh masuk ke Mekah selama tiga hari sahaja. Sekiranya, terdapat umat Islam yang melanggar perjanjian tersebut, bolehkah mereka beri alasan, "Saya tidak terlibat dengan janji di antara Rasulullah dengan Ketua Musyrikin Mekah?".
Di dalam PH, manifesto PH menyebut tentang perjanjian berkenaan jawatan PM 7 Kepad PM 8 secara jelas dan diwar-warkan sebelum PRU14. Di atas manifesto ini, rakyat bersetuju dan menyokong PH untuk menjadi kerajaan. Kalau Dr Maza merasakan beliau tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut, tentunya Dr Maza telah memilih Bn di dalam PRU14 yang lalu agar kerajaan kleptokrasi itu kekal berkuasa. Paling tidak, Dr Maza tidak langsung keluar mengundi. Tetapi, rakyat yang memilih PH untuk menjadi kerajaan faham tentang manifesto PH termasuk janji untuk jawatan PM. Yang membuat janji dan menyokong manifesto dan janji PH ini tidak boleh berlepas diri. Mereka punyai hak untuk menyokong, menolak atau berkecuali. Ini bukan soal 'faraid" kuasa. Ini soal persefahaman di antara parti. Faraid kuasa adalah seperti kerajaan sekarang, dapat jadi kerajaan tanpa mandat rakyat, kemudiannya faraidkan jawatan menteri sesama mereka.
2. Hujah Dr Maza, PM sekarang adalah dilantik oleh Agong mengikut Perlembagaan, maka ianya sah dan wajib disokong mengikut syarak.
Hujah saya, jangan kaitkan Agong dengan isu2 politik kerana Agong tidak terlibat dalam menangani permasalahan dan pengkhianatan oleh orang2 politik.
Saya beri contoh mudah, di dalam satu perlawanan bola sepak, Tim Dr Maza melawan Tim Mahathir. Perlawanan itu sengit dan disaksikan oleh ribuan penonton. Tiba2 di penghujung perlawanan, salah seorang pemain pettahanan Tim Mahathir dengan sengaja menendang bola masuk ke gawang gol sendiri, mungkin telah diberi rasuah oleh pihak Tim Dr Maza. Adakah jaringan itu dikira? Jawapannya, Ya, pengadil akan mengira jaringan tersebut. Akibatnya Tim Mahathir kalah. Para penonton menyaksikan sendiri pengkhianatan tersebut dan tentunya para penyokong Tun M merasa marah dan melabelkan pemain pertahanan tersebut "pengkhianat". Wajarkah Pengadil dipersalahkan? Jawapannya tidak. Pengadil hanya buat keputusan berpandukan undang2 dan apa yang berlaku di hadapannya. Pengadil tidak terlibat dengan strategi jahat Tim Dr Maza dengan merasuah pemain pertahanan Tim Tun M untuk memenangi perlawanan tersebut. Begitulah kedudukan Agong di dalam isu ini. Dr Maza jangan kaitkan Agong.
3. Dr Maza bercakap soal Rukun Negara pula. Percaya kepada Rukun Negara, iaitu salah satunya "Kesetiaan kepada Raja dan Negara". Dr Maza sangka kita tidak setia kepada Raja? Meleset sangkaan Dr Maza kerana kita tidak kaitkan Raja dalam isu pengkhianatan ini. Dr Maza lupa satu perkara lagi iaitu "keluhuran perlembagaan dan Kedaulatan Undang2". Adakah mewujudkan kerajaan pintu belakang tanpa mandat rakyat ini bertepatan dengan "Keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang2"?. Berdaulatkah sesebuah negara tanpa mandat rakyat?
4. Dr Maza mengungkit peristiwa 16 Sept sewaktu PR cuba untuk mempengaruhi MP-MP dari Bn untuk sertai PR. Bezanya amat jauh, wahai tok peti. Mana2 parti memang tugas mereka sedaya upaya mendapatkan seramai mungkin pihak lawan untuk menyertai mereka. Ini biasa dlm strategi parti. Ini biasa berlaku di dalam umno juga, bahkan parti Bersatu sendiri pun bawa masuk ramai MP Umno untuk sertai parti mereka. Khianat yang dimaksudkan adalah sekumpulan ahli parti yang sedang memerintah yang membawa partinya keluar bersama beberapa MP dari kerajaan untuk bekerjasama dengan musuh mereka, bukannya pihak musuh yang membawa mereka keluar atau membeli mereka. Kalau pihak umno atau Pas yang berjaya menarik mereka atau mereka melompat masuk parti Umno atau Pas, itu tidak menjadi isu sangat (walaupun khianat terhadap para pengundi mereka) kerana memang pihak musuh akan cuba mendapatkan seramai mungkin sokongan dari mana2 MP. Tetapi, ini tidak berlaku. Dr Maza tidak mahu ulas kah bagaimana satu ketika kerajaan negeri Perak di bawah Pas, YB Nizar tumbang angkara pengkhianatan juga? Bukankah waktu itu, Pas melaknat perbuatan khianat tersebut sehingga mereka berbaring di tengah jalan hadapan istana bagi menghalang MB Umno, Zambry untuk angkat sumpah? Sekarang, Pas pula bersubahat dengan pengkhianat? Dr Maza tidak mahu ulaskah?
5. Dr Maza ungkit pula tentang beberapa MP dan Adun Pas yang keluar parti untuk bersama Amanah, walaupun mereka ada 'Bai'ah" taat setia.
Hujah saya, ini tidak perlu diulas panjang kerana Dr Maza sendiri pernah ulas tentang hukum "Bai'ah" itu sendiri, terpakai atau tidak. Sila rujuk di Youtube, "fatwa" Dr Maza di dalam isu "Bai'ah" ini. Manakala, kesemua MP atau Adun Pas yang meninggalkan Pas tersebut ada asas kuat untuk mereka keluar Pas kerana mereka tidak mahu khianat dengan undi rakyat yang mengundi mereka atas nama PR dan manifesto PR waktu itu. Kalau harapkan undi dari penyokong Pas sahaja, mustahil mereka boleh menang. Mereka tidak mahu bersekongkol dengan Pas yang mahu keluar dari PR setelah rakyat beri kepercayaan kepada mereka atas nama PR. Dr Maza sendiri tidak iktiraf "Bai'ah" berkenaan sebagai wajib dipatuhi.
Cukup dulu beberapa hujah Dr Maza yang sempat saya ulas. Sewajarnya, tindakan paling tepat yang boleh tok peti nasihatkan adalah, jangan masuk ikut pintu belakang tanpa mandat rakyat, sewajarnya adalah minta parlimen dibubarkan agar mandat itu diserahkan kembali kepada rakyat. Bukannya merestui kerajaan pintu belakang tanpa mandat rakyat.
WFAUZDIN NS
EXPORT BY MOSABIT