TANAM BULUH - TERESA BELASAH PAS
Haji Bakri memuji kehebatan Khairuddin yang katanya berani menjadikan program memajukan industri berasaskan buluh sebagai ‘game changer’ di bawah Malaysian Timber Industry Board (MTIB) dan bukan di bawah Malaysian Palm Oil Board (MPOB). "Sebaliknya Teressa Kok lebih memilih untuk menukar sawit kepada buluh. "Ditambah lagi dengan kenyataan beliau bahawa ‘boleh menoreh di musim tengkujuh’ dan ‘kempen minum satu sudu minyak sawit setiap hari’ menjadikan Kerajaan PAKATAN HARAPAN seperti pepatah Melayu ‘retak menanti belah’," kata Haji Bakri. Di mana silapnya hujah Haji Bakri? Teresa Kok dalam kenyataan balasnya menyebut beliau mempromosi penanaman buluh di bawah MTIB, bukan MPOB. Menurut Teresa beliau giat mempromosi penanaman buluh sebagai tanaman baharu bagi Malaysia, termasuk membawa pegawai MTIB untuk memberi pembentangan kepada beberapa Menteri Besar dan barisan kepimpinan kerajaan beberapa negeri.