SURAT TERBUKA UNTUK USTAZ EBIT LIEW:


Mohd Asri Bakar

Cukup-cukup lah dulu Ustaz Ebit Liew. Hentikan dulu pengorbanan, sedekah jariah dan bantuan-bantuan mu itu. Peluh pun tak kering lagi..enta dah kena panjat Bukit Aman. Macam-macam ustaz bodoh tu duk hina dan fitnahkan hang.

Besaq 'cable' mereka, sampai enta di panggil Polis ke Ibu Pejabat besaq mereka. Takpe la Ustaz, sekarang ni...kita nak tengok jer la....Pihak KERA jaan mana pulak yang sanggup menyambung kerja-kerja amal Ustaz. Menteri-menteri mana yang sanggup masuk rumah-rumah usang dan suapkan makan. Ustaz-ustaz (jahat) mana yang sanggup keluarkan duit untuk berkorban dan beramal.

Nak harapkan KERAjaan? maaf cakaplah, bantuan yang dikatakan bernilai RM100 pun di catunya menjadi RM30. Mungkin bukan silap KERAjaan sepenuhnya...tetapi dibedal oleh orang-orang yang mengurusnya. Wakil KERAjaan jugak lah tu, kan?

Jika saya di tempat Ustaz Ebit pun...saya taknak dan tidak akan sesekali menyerahkan wang dan barang-barang kepada pihak berwajib. Aku boleh cop jari aku ni lah...aku boleh confirm barang-barang @ wang-wang itu, samada hilang separuh ataupun tak sampai langsung ke tangan mereka-mereka yang layak menerimanya.

Ok, rehat dulu yek Ustaz....kita nak tengok camane 'permainan' kotor ustaz-ustaz fasiq dan Munafiq yang masa hidup sekarang..samada mereka akan @ boleh memperjuangkan nasib asnaf-asnaf ataupun mereka hanya terus berjuang demi membesarkan perut-perut mereka yang kotor, jijik, hina dan dina tu!

P/s: Dengar dari maklumat yang tepat, salah sorang yang duk hina UEL tu, ustaz PASik jugak, kan? Hmmmmmmm.