SURAT PANAS DUTA KHAS PERLU DIFORUMKAN


MD ZULAIMI KAZIN


Mari kita ambil jalan tengah dulu iaitu kemungkinan segala isi surat itu benar dan rakyat tidak tahu apa yg didakwa oleh Duta Khas itu betul kesemuanya.

Takkanlah Seorang tokoh ulamak peringkat dunia pernah menjawat Naib Ketua Ulamak Dunia tulis surat yg panas ini tanpa fakta yg soheh. Kita ketepikan dulu perasaan kita bhw surat itu berat kpd fitnah dan pembohongan sbb mungkin banyak perkara yg kita tidak tahu.

Jadi, wajar ada mana2 pihak mengheret Duta Khas PM ini untuk berforum secara terbuka bersama Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa apa yg ditulis secara panjang lebar itu adalah benar belaka.

Kalau tiada pihak dalam negara boleh anjurkan, Kesatuan Ulamak Sedunia pun blh panggil kedua2nya berforum bg mencari kebenaran apa yg didakwa dalam surat panas tersebut. Kesatuan Ulamak sedunia pun perlu dengar dr mulut Anwar sendiri terhadap dakwaan Duta Khas PM Malaysia tersebut dan Duta Khas PM.juga perlu bawa bukti dan hujjah bg dakwaan beliau.

Ini bukan perbicaraan tp forum utk mencari kebenaran sbb dakwaan surat tersebut sangat berat.

Ada pulak orang sentap nih sbb Tok Guru depa suci mana boleh dipanggil berforum seolah2 dia bersalah... Zaman Ust Yussof Rawa dan Ust Fadhil dulu, mereka sanggup berforum pada bila2 masa termasuk isu kafir mengkafir bila Umno cabar tapi akhirnya Umno pada masa itu guna Majlis Raja2 utk batalkan. Takkanlah Presiden hari ini yg pernah pegang Naib Ketua Ulamak Dunia tak berani berforum secara berdepan. Kami sebenarnya nak tgk sangat2 Tok Guru berada di pentas forum sbb Tok Guru banyak ilmu blh berhujjah apatah lagi berkaitan surat beliau sendiri.

Kalau Kesatuan Ulamak Sedunia nak buat di Dhoha pun boleh tp siar secara live dalam MedSos agar seluruh funia boleh jadi saksi siapa yg benar dalam.isu yg ditulis dalam surat tersebut.

Tuan Yang Di Pertua, ana mohon memcadang.