*SUDAH TIDAK KEDENGARAN LAGI "BUY MUSLIM FIRST" SEKARANG INI!!!*



Suara Dr Maza dan Dr Rora serta ISMA tidak kedengaran lagi menyuruh umat Islam membeli barangan Islam.

Kempen #BMF pun dah tak wujud lagi sekarang ni memandangkan tujuan utama kempen ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan PH.

Kempen ini tidak pernah bertujuan untuk membela orang Melayu atau pun Islam.

Kempen ini semata-mata mahu memburukkan kerajaan PH dahulu dan menjatuhkan kerajaan PH.

Mudah kita katakan kempen ini adalah kempen munafiq dan bohong tajaan Dr Asri dan ISMA.

ISMA itu sendiri pertubuhan yang menyamar Islam tapi sebenarnya memperjuangkan Assabiyyah sempit dan Ketuanan Melayu.

Pemimpin2 ISMA pun bukanlah mereka yang dikenali sebagai alim ilmuan Islam yang diiktiraf. Hanya sekadar ustaz2 biasa je pun.

Sudah dari awal Tulang Besi nampak kempen ini tidak ikhlas berdasarkan beberapa sebab:

1.0 Barangan2 yang banyak hendak diboikot itu adalah buatan "Multi National Corporations (MNC)". Ini petanda kempen ini adalah kempen membunuh diri mustahil pada masa ini kita boleh bersaing dengan MNC2 seluruh dunia.

2.0 Orang2 Melayu Islam sudah pun menggunakan barangan buatan Islam terutamanya berkaitan dengan bahan-bahan makanan dan kegunaan harian. Tidak perlu mengadakan kempen seperti ini lagi malahan ianya sia-sia.

3.0 Kempen ini berasal dari kempen "Boikot Barangan Cina" yang dilancarkan oleh PAS dan mereka-mereka yang kecewa dengan kekalahan PRU 2018. Hanya kerana takut didakwa dan ditangkap Polis kerana tuduhan menaikkan sensitiviti kaum maka ianya dirubah kepada "Buy Muslim First".

4.0 Syarikat bukan Islam di Malaysia banyak mengambil orang Islam sebagai pekerja. Kalau tutup syarikat-syarikat ini, adakah Dr MAza dan Dr Rora mahu mengambil pekerja-pekerja Melayu bekerja dengan mereka?

5.0 Kempen ini mendapat sokongan UMNO dan PAS secara terbuka menandakan ianya kempen berbau politik dan bukannya untuk membantu orang Melayu dan orang Islam.

6.0 Sudah terlampau banyak skim dan bantuan kerajaan untuk Bumiputra dan orang Melayu, apa perlu lagi kempen seperti ini? Sepatutnya diperiksa mengapa program-program ini tidak membuahkan sebarang hasil sewaktu BN memerintah dulu.

Sekadar menjual Islam untuk mencapai target politik murahan. Islam diperalat untuk mencapai tujuan politik perkauman sempit.

Semoga Allah SWT menurunkan balaNya kepada mereka-mereka yang mejual agama Allah dengan harga yang murah dan hina ini.

Dr. Maza dan Dr. Rora sudah tiba masanya mereka membuang baju Islam Sunnah mereka dan menunjukkan sikap mereka yang sebenar yakni aqidah perkauman Melayu sempit.

Islam cuma bahan mainan sahaja kepada mereka-mereka ini.

*TULANG BESI*

https://www.malaysiawaves.net/2020/04/sudah-tidak-kedengaran-lagi-buy-muslim.html