SKANDAL 1MDB BUKAN FATAMORGANA?


SHAHBUDIN HUSSEIN


Muhyiddin hari ini mengumumkan kerajaan menerima pemulangan dana sebanyak AS$300 juta daripada AS hasil penyitaan dan penjualan semula beberapa aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Ini bermakna, kata Muhyiddin, AS telah mengembalikan sebanyak AS$620 juta wang hasil skandal 1MDB kepada Malaysia setakat ini.


Apakah makna semua ini?

Pertama, ini menunjukkan skandal 1MDB benar-benar wujud dan kerana ada wang yang betul-betul hilang atau dicuri, tetapi disebabkan dapat dirampas, disita dan dijual semula, maka itulah sebabnya AS memulangkan wang tersebut kepada negara kita.

Kedua, usaha menuntut wang skandal 1MDB ini adalah perkara yang telah diusahakan sejak era PH lagi. Sebahagian sudah diterima semasa PH berkuasa dan sebahagian lagi ketika PN sebagaimana diumumkan Muhyiddin hari ini.

Ketiga, dengan Muhyiddin sendiri berasa bangga menerima pemulangan wang tersebut, walaupun setelah beliau bekerjasama dengan UMNO membentuk kerajaan PN, ini menunjukkan PM sendiri masih berpegang kepada hakikat bahawa skandal 1MDB adalah suatu perkara nyata, benar-benar berlaku dan bukannya suatu fatamorgana.

Tak sabar menunggu apa reaksi para pemimpin UMNO, khususnya Najib berkenaan pemulangan wang skandal 1MDB yang diumumkan sendiri oleh Muhyiddin hari ini.
😑😑😑😑😑