Rohingya: Minda Melayu jadi bingung?
Bila emosi kita sudah diracuni….
Sengaja saya biarkan netizen komen supaya kita boleh baca cara pemikiran mereka. Puas kita jelaskan bukan kita pertahankan mana2 pendatang. Saya dan Dr Azlinariah yg menulis pun sama kita kata ‘say no to Immigrants’ tetapi kita persoalkan kenapa Rohingya sahaja.
Tapi bila artikel itu di share geng parti puak yg dulu berteriak demi perpaduan Ummah…ia menjadi lain. Jika kerajaan PH berbuat perkara sama habis diviralkan kerajaan Cina Dap halau umat Islam.
Saya melihat lemahnya bangsa Melayu apabila komen semborono tanpa melihat topiks yg dibincangkan. Kita bincangkan kenapa isu Rohingya ini panas sdgkan kes pemberian IC beratus ribu kpd warga China kita diam? Bukankah isu ini lebih bahaya.
Pertama jumlahnya dikatakan beratus ribu iaitu berganda ganda lebih ramai dari Rohingya. Kedua bahaya mereka kerana mempunyai IC yg layak utk mereka mengundi seperti rakyat Malaysia. Ketiga isu berjuta rakyat Bangladesh dan Muslim Myamar yg dtg di dalangi pelbagai pihak tidak dibimbangkan sdgkan dikhabarkan berjuta mereka yg bekerja di negara kita tiada permit bekerja tetapi nampak tak permainan propaganda ini.
Rakyat skg ini tertumpu hanya kpd Rohingya. Kenapa? Kenapa Bangladesh yg menguasai pekerjaan di KL tidak dibimbangkan? MENGAPA KITA TAK KEMPEN DI LAMAN SOSIAL TANGKAP WARGA BANGLADESH, INDONESIA, CHINA dan MUSLIM MYAMAR ( menyamar sebagai Rohingya ) sepertimana skg. Kita sebenar sudah terikut ikut rentak propaganda yg sengaja memprovokasi minda masyarakat.
Saya dan Dr Azlinariah menulis mahu mengajak kita berbincang apa motif isu bangsa Rohingya ini sahaja dimainkan. Bukan pertahankan.
Bila saya lihat begitu ramai org Melayu menulis…
‘Boleh tolong lukis penat nak baca…’ itu lah sikap Melayu membaca malas walaupun hanya 3 muka surat. Membaca satu hal memahami apa ditulis juga salah satu masalah kpd org Melayu. Saya ada PM tak kurang 5 org utk berhujah apa pemahaman mereka tapi sorang pun tak membalas.
‘Boleh tolong lukis penat nak baca…’ itu lah sikap Melayu membaca malas walaupun hanya 3 muka surat. Membaca satu hal memahami apa ditulis juga salah satu masalah kpd org Melayu. Saya ada PM tak kurang 5 org utk berhujah apa pemahaman mereka tapi sorang pun tak membalas.
Faham tak topik dibincangkan? Atas dasar kemanusian… apa salahnya singgahkan mereka sehari dua utk berikan bekalan makanan, ubat ubatan dan dan rehat seketika kemudian suruh mereka belayar kembali ke mana2 negara lain….ok tak mahu bincang soal ini panjang sb topik utama apa motif minda Melayu dicelarukan emosi mereka.
Kita boleh menolak mereka utk diberi perlindungan tetapi jangan lah sampai memaki hamun mereka. Saya tidak bersetuju kata2 kesat kita hamburkan saudara seIslam kita atau atas dasar sesama manusia.
Kita boleh berkata tidak mahu mereka tapi jgn hina mereka sebagai pengotor, jahat dan sebagainya. Kita sebenarnya sedang diuji. Jika dahulu Rasulullah saw bersikap seperti kita nescaya Bilal tidak diangkat oleh Rasulullah memanjat kaabah melaungkan azan. Tidak mungkin juga Allah angkat kemulian Bilal bin Rabah.
Allah suruh kita berlaku adil. Allah berikan pinjaman kehidupan sementara ini utk kita bersaudara. Tak mahu terima tak mengapa kerana itu ujian kpd kita. Tapi melemparkan kata berambus dan sebagainya hati kecil saya menangis… jahat sunggut propaganda ini hingga hati2 manusia yg lembut menjadi hilang pertimbangan… Masyallah.