Putrajaya, Rembau dan Jasin disenarai zon merah Covid-19



Putrajaya antara 21 zon merah Covid-19 di seluruh negara.
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menyenaraikan Putrajaya, Jasin dan Rembau sebagai 3 lokasi baru zon merah Covid-19 yang mencatatkan lebih 40 kes positif virus itu.
Infografik KKM menunjukkan Putrajaya kini mempunyai 41 kes, Rembau di Negeri Sembilan (41) dan Jasin di Melaka (42).
Zon merah lain di seluruh negara:
Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang (Selangor)
Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur)
Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang (Johor)
Hilir Perak dan Kinta (Perak)
Seremban (Negeri Sembilan)
Kota Bharu (Kelantan)
Jerantut (Pahang)
Kuching (Sarawak)
Tawau (Sabah)
Sebanyak 62 kematian dan 3,793 kes positif Covid-19 dicatatkan di seluruh negara setakat semalam.