PKP patutnya lebih progresif
Kredit: Ipohmali
Penjarakkan Sosial(PKP) Sepatutnya Lebih Progresif..Bukan Diperketatkan..
Membaca banyak kajian, Ramai dari rakyat mahu PKP ini diteruskan, dan bagi aku jika iannya mahu diteruskan..Sepatutnya langkah kawalan PKP ini bukan diperketatkan, tetapi perlaksanaannya perlu lebih Progresif..
Apa yang paling dibimbangi, Adalah kesan dari rantaian ekonomi akan lebih membarah, Pandangan aku ini selari dengan pandangan Prof Barjoyai Bardai, penerusan PKP akan melemahkan ekonomi yang hakikat Sudah mula teruk..
Jika ianya disambung, Ekonomi tidak bergerak.. jawabnya Pakej ransangan Ekonomi kepada PKS dan SME yang diumumkan menjadi sia sia.malah akan jadi bencana ekonomi..krisis pengangguran..
Sebabnya, Apa yg diumumkan itupun, hanya mampu menanggung sebahagian kerugian sebulan mereka tidak beroperasi..Yang akan teruk nanti nasib pekerja swasta dan yang bekerja dengan gaji harian, yang berseronok Pekerja Kerajaan dan GLC..
Jika dalam tempoh sebulan tempoh PKP ini Kerajaan masih gagal, kegagalan itu datang dari pengurusan bencana dari MKN dan Kerajaan sendiri… Bukan lah kegagalan dari kementerian Kesihatan dan front liner yang telah terbukti cemerlang memulihkan lebih 33% Pesakit COVID-19
Apa cadangan aku ?
1- Perhimpunan awam terus Dilarang,Penjarakan Sosial Penting.. Sebarang Majlis keramaian, Perhimpunan awam, samada perhimpunan Keagamaan terus Dilarang..termasuk tempat seperti pusat Hiburan dan pawagam.. Hatta Bazaar ramadhan tahun ini..
2- Rumah Ibadat, Masjid terus ditutup..Program Kuliah Agama terus dilarang, Solat tarawikh dan jamaah kekal di adakan diruamh masing.. paling tidak mengekalkan 5 -10 orang pada setiap waktu untuk menghidupkan Masjid..
3- Sekolah, IPT, PRA, pusat asuhan Sekolah terus ditutup.. Pelajar IPT yang Sihat sepanjang tempoh sebulan PKP ini dibenarkan pulang berpuasa bersama Keluarga..
4- Perjalanan Melintas sempadan daerah ,negeri dan Negara antara yang terus Dilarang.. melainkan atas tujuan Penting dan ekonomi… dan Perjalanan rakyat tak perlu disekat dengan syarat seorang pemandu.. ini akan menyekat hasil perusahaan seperti E-Hailing dan Teksi..
Apa yang Perlukan Pendekatan PKP Lebih Progressif..
1- Semua kawasan Hijau, Yang kurang dilaporkan jangkitan Dibuka.. Perjalanan tidak dihadkan kepada seorang Pemandu, Boleh Saja 2-3 orang setiap Perjalanan.. Isteri menemani suami.. atau anak menemani Ibu.. tak perlu berlebihan dalam Sekatan..
2- Pusat Perniagaan, Pasaraya dibenarkan dibuka, dengan meletakkan Syarat syarat ketat.. Cuma tapak Promosi Event dilarang..Umpamanya Makanan hanya dibungkus, Dan menghadkan beberapa pelanggan dalam satu masa di dalam premis, dan memastikan jarak Sosial dipatuhi..
3- Penjaja tepi jalan, Food Truck, Kedai makan, medan selera PBT dibenarkan beroperasi dengan mematuhi jarak Sosial.. atau hanya benarkan makanan dibungkus.. Waktu operasi boleh dilanjutkan sehingga 9 – 10 Malam..
4- Jadikan kawasan seperti Premis, dan Medan selera milik PBT yang selalunya ditutup ketika ramadhan, Dihidupkan sebagai pusat Bazaar raamadhan yang baru dengan fungsi Penghantaran,E-Bazaar dan jumlah kunjungan yang lebih kecil dalam satu satu masa..mereka ni gaji hari..
4- Pasar Pagi, Pasar tani dan pasar malam dibenarkan beroperasi, skala pasar mereka dikecil dan digilirkan, Umpamanya jika Pasar Malam, pasar pagi contohnya disesuatu tempat dan taman selalunya ada pada setiap pagi sabtu dengan 50 Peserta.. jadikan 2-3 hari dengan sehari hanya 20 Peniaga dibenarkan Berniaga..
5- Office dan Kilang dibenarkan semua beroperasi pada skala kecil dengan mengecilkan size operasi atau mengubah jadual kerja.. sebagai Contoh jika satu Kilang dan Officce ada 30 Pekerja.. hanya 10 orang dibenarkan bekerja dalam satu hari..
6- Perniagaan yang melibatkan service seperti kedai mekanik,tayar, Printing yang tidak melibatkan penyertaaan orang awam yg ramai..Dibenarkan beroperasi.. begitu juga dalam sektor Pembinaan dan perladangan.. sama seperti service E-Hailing dan teksi..
Bagi aku, Kerajaan sepatutnya minggu terakhir ini beralih kepada PKP yang lebih progresif Bukan mengetatkan kawalan, apalagi menambah tempoh PKP..
Jika ini berlaku.. Sudah pasti mereka cuba meletakkan kesalahan kepada rakyat yang kononnnya mereka ini degil..hakikatnya Kerajaan dan Pengurusan Bencana yang gagal..
Kluster yang baru muncul jelas berlaku bila kerajaan gagal mengenalpasti mereka lebih awal yang beresiko tinggi seperti di kawasan masjid India.. Kuarantinkan mereka bila pulang dari Luar Negara biarpun mereka pulang dalam tempoh PKP..