Pentadbiran di Malaysia ini serba tak kena!



Berlakunya pandemik yang menghuruharakan keadaan, di saat itu juga puak khianat Pas Umno nak rampas kerajaan.

Masa PH memerintah, pelbagai ganguan, fitnah dan maki hamun ditabur oleh cybertrooper PasUmno dengan niat supaya rakyat benci PH.

Dan akhirnya mereka berjaya, rakyat melaungkan kebencian kepada PH seolah-olah kerajaan masa itu lemah dan tidak buat apa-apa. Konon kata mereka PH hancing sedangkan hampir kesemua manifesto HARAPAN hampir terlaksana.

Okay lah! Nak rampas sangat, ambik kau. Pandemik yang sedang berlaku sekarang sangat menyakitkan dunia.

Dengan perlantikan menteri-menteri yang ramai, menteri kanan dan timbalan menteri berduet, dengan penasihat lagi, sementelah lantikan profesional di badan tertentu ditamatkan kerana dilantik pemerintah terdahulu.

Apa yang rakyat diperlihatkan?

Semua perangai macam kartun! Cakap macam mabuk ketum sungguh tidak profesional malah mungkin pak menteri tidak tahu apa-apa mengenai potfolio yang mereka pegang, atau berlagak pandai padahal rakyat sentiasa perhatikan satu persatu kelaku kelakar mereka.

Ingat rakyat bawahan ini bodoh ke?

Berkait dengan bantuan ketika musibah bala yang menimpa, seperti dijanjikan tiap rakyat tidak akan tercicir, kata wak bendahara. Namun, tinjauan aku dan aduan dari ramai Makcik Kiah yang sudah mahir main henpon melahirkan kekesalan.

Susah nak akses, line jadi jem, mungkin bandwidth tidak disediakan untuk menerima akses yang besar ketika permulaan pendaftaran atau pemeriksaan status bantuan. Kenapa begitu?

Sebelum ini aku sudah menulis mengenai persiapan yang sepatutnya disediakan oleh pihak terbabit seperti MOF, LHDN mahupun BPN supaya hal ini tidak terjadi apabila ramai pengguna mengakses dan kemaskini data mereka.

Aku tak pasti adakah ada pembaikan. Tapi dari masalah yang diadukan, memang main tangkap muat sajalah nampaknya.

Memang boleh sewel sistem dibuatnya. Kepada pak menteri dan wak bendahara, jangan megah sangat kunun kamu perihatin sedangkan janji dibayar mulai 1hb April pun gagal ditunaikan, apa lagi nak betulkan sistem.

Bila pemimpin PH bersuara, macai walaun sibuk maki hamun, kononnya masa memerintah kami tak buat apa-apa. Sistem yang digunakan dalam ETunai yang menggalakan rakyat berbelanja secara online yang dijalankan oleh PH adalah saluran terbaik untuk digunakan, tapi sudah tentu backdoor govt tak akan gunakan kononnya tak standard agaknya.

Katalah apa pun!

Lihat dengan mata dan dengar dengan telinga. Kerajaan PH di Penang, Selangor dan NS walk the talk!

Penang dan Selangor start buat bayaran bantuan mulai semalam lagi. Umum saja, terus buat. Kerajaan PH tidak hadap rakyat merayu-rayu dan mengeluh kerana sistem lembab.

Malulah sama dengan DAP yang dituduh kununnya kapir harbi, kami ni dituduh khadamm DAP, sedangkan kamilah yang banyak kritik kerajaan PH. Sebab itu PH sentiasa TERKEHADAPAN.

Dah hangpa pilih kerajaan khianat, dah walaun pakat nak bodohkan diri masing-masing, melangutlah tunggu bantuan sampai hujung bulan April na.. Itu pun kemungkinan besar RAMAI TAK DAPAT walaupun layak!

Jangan marah dan sedih tau MakCik Kiah.. 😁

Sekadar teguran.
Abg Aim 😎

📷 Salah seorang sahabat yang alami kesengsaraan akses laman BPN hantar gambar ni dekat aku. Sabarlah ye!