Pas sentiasa lebih Islam?
Kredit : Zola
Saya nampak, pendekatan menteri agama sekarang sama saja dengan pendekatan menteri agama sebelum ini dalam dakwah dan santunan sosial.
Semua pihak disantuni sama ada Muslim atau bukan Muslim, orang baik atau orang kurang baik (pada pandangan orang yang berasa dirinya baik), Melayu atau bukan Melayu, disantuni secara sama rata.
Tapi layanan terhadap menteri agama sebelum ini begitu menyedihkan berbeza dengan menteri agama sekarang. Apabila hal ini berlaku, saya ada dua kesimpulan tentang puncanya:
1. Menteri agama sebelum ini daripada Amanah.
2. Pembencinya adalah orang Pas.
2. Pembencinya adalah orang Pas.
Saya percaya kalau menteri agama sekarang orang Amanah misalnya, dia akan terima nasib yang sama seperti menteri agama sebelum ini.
Kenapa jadi begitu? Sebab orang Pas berasa mereka lebih Islam, atau keislaman mereka lebih baik berbanding orang Amanah.
ZOLA