Netizen hari ni mula mempertikaikan perlantikan serta merta Abdul Hadi Awang sebagai duta khas PM bertaraf menteri ke Timur Tengah di saat kerajaan masih bergelut dengan Covid-19 dan kesan ekonomi yang bakal dihadapi kerajaan selepas ini.
Setelah sumber pendapatan negara seperti minyak terjejas teruk kerana harga minyak dunia yang jatuh menjunam, ditambah Covid-19 yang menjejaskan pelbagai aktiviti ekonomi dunia.
Bertambah teruk, selepas langkah Sheraton pembentukan kabinet Muhyiddin yang dianggap terlalu besar merupakan satu pembaziran kepada sumber kewangan negara. Pertambahan jawatan bertaraf menteri ini sudah tentu menambahkan lagi beban kewangan kepada negara.
Dua perkara dipersoalkan netizen, iaitu lantikan serta-merta. Bila Hj Hadi boleh bertugas ke negara Arab kerana lockdown. Silap haribulan sebulan duduk rumah makan gaji buta sahaja. Sudahlah saiz kabinet bear dan ada menteri serta dua timbalan menteri yang tidak berfungsi
Kedua, dah jadi MP lepas tu duduk di luar negara. Inilah gaya kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Dulu BN buat dengan melantik Jamuluddin Jarjis dan sekarang Hadi Awang. Bilakah negara kita boleh memiliki kerajaan berintegriti?