Apabila puak mereka tidak mampu menangkis serangan kita terhadap pimpinan dan menteri mereka yang melanggar PKP dan SOP, berjamu sakan beramai-ramai, maka mereka pun kutip status MP Lembah Pantai YB Fahmi Fadzil yang dikatakan turut berkumpul waktu PKP.
YB Fahmi memuatkan satu gambar lama di dalam statusnya bertarikh 17 April. Sebenarnya gambar tersebut diambil pada bulan Februari dan pernah tersiar di dalam status beliau pada 18 Feb 2020, sebelum tarikh PKP bermula iaitu 17 Mac 2020.
Ertinya, gambar yang puak mereka viralkan itu adalah gambar lama.
Semoga mereka lebih rajin mendapatkan maklumat agar tidak menunjukkan kebodohan sendiri.
WFAUZDIN NS