Mengapa Menteri Kesihatan sering menghilang?
TERKEJUT TIBA TIBA DR ADHAM MUNCUL
Saya terbaca tulisan Abdul Rani Kulup yang suka membuat sindiran sinis semalam kepada Menteri Kesihatan. Gaya lenggok bahasanya membuat saya ketawa tetapi ia penuh kebenaran.
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba wajar dikritik. Mana mungkin seorang bertaraf Menteri yang rakyat membayar gaji dan elaun berpuluh ribu boleh menghilangkan diri ketika negara dalam keadaan panik.Muncul pula sekali sekala dengan wajah toya tanpa rasa berdosa.
Jika rasakan diri tidak mampu berhujah dengan fakta dan bekerja seperti Dr Noor Hisyam, sila letak sahaja jawatan kerana jawatan Menteri bukan untuk bermegah megah tetapi untuk menjadi hamba kepada rakyat di kala memerlukan.Ini tidak seolah -olah Dr Noor Hisham dilihat bersengkang mata siang malam..Menteri dimana?
Kemunculan Dr Adham Baba apabila keadaan semakin baik secara jujur saya pun menyampah. Bukan menyampah kerana statement air suamnya dahulu tetapi menyampah sikap tidak bertanggungjawab sebagai seorang Menteri.Kalau kelaku sebegini, nampak sangat lah orang lain buat kerja, kita duduk saja.
KENANGI LAH FW DE KLERK NASIB BERBEZA DENGAN ABRAHAM LINCOLN.
Teringat nasib bekas Presiden Afrika FW De Klerk. Hero yang tidak didendangkan. Dunia mengetahui tentang jasa Abraham Lincoln membebaskan sistem penghambaan kulit hitam di Amerika tetapi tidak FW De Klerk.
Walaupun sudah lebih hampir 200 tahun berlalu tetapi Abraham Lincoln diingati oleh seluruh dunia. Tapi tak ramai yang kenal siapa FW De Klerk. FW De Klerk adalah Presiden Afrika pertama atau terakhir berkulit putih yang bersungguh sungguh mahu menghapuskan dasar Apertheid.
Jenerasi muda pula mungkin tertanya apa itu dasar Aparteid? Aparteid bermaksud penyisihan dalam bahasa Afrika. Di Afrika Selatan, aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih.
Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Sekolah hingga ke bilik air pun berbeza antara kulit putih dan hitam.
Tahukah kalian FW De Klerk bersama Nelson Mandela telah dianugerah anugerah Nobel dalam satu masa. Kenapa FW De Klerk mengapa bukan saja Nelson Mandela. Sebab Pihak Jawatankuasa Nobel adalah sangat detail dalam menilai sumbangan individu.
FW De Klerk adalah Presiden yang bertungkus lumus dengan kuasa yang ada bertindak untuk menghapuskan dasar kejam ini dan dia juga membebaskan Nelson Mandela.
Jika bukan kerana keberaniannya tidak mungkin rakyat kulit hitam Afrika Selatan akan menikmati nikmat demokrasi di negara sendiri seperti sekarang. Jika bukan kerana Jawatankuasa Nobel pula… tak ada penduduk dunia nak ucapkan terima kasih kpd Abraham Lincoln moden ini ( FW De Klerk ).
Sebab itulah kita jangan lupa jasa Dr Burhanuddin Helmi, Ibu Zain, Antonom ( pejuang di Sarawak ), Rosly Doby ( pejuang di Sarawak ), Dato Bahamam, Tok Gajah, Tok Janggut dan banyak lagi yang nama mereka disembunyikan oleh British kerana menentang mereka.
Sebab perangai orang politik tak ubah macam perangai orang British. Suka ambil kesempatan ke atas orang lain. Bila ditanya sendiri kepada Menteri mulalah terserlah kebodohan mereka.
Hingga Menteri dikatakan bahlol oleh golongan profesional, diketawakan kerana menyuruh buat suara Doraemon, diketawakan juga kerana menyuruh rakyat ber Tik Tok, ada Menteri dianggap lucu apabila mendakwa durian King punca percemaran dan sebagainya.
ORANG KAMPUNG MUDAH KENA JUAL DENGAN AHLI POLITIK
Ingatlah kita semua… apabila berlaku kejadian Covid-19 ini yang bertungkus lumus adalah orang bawahan. Orang bangsawan semuanya duduk berkurung di dalam banglo mewah mereka.
Pak Menteri dan Mak Menteri takut sekali untuk bertemu rakyat setiap hari. Mereka hanya muncul di atas kampit beras dengan wajah masing-masing. Itu pun penghantarannya kebanyakkan di hantar oleh ahli-ahli bawahan partinya sahaja atas kepentingan politik.
Akhirnya orang kampung memuja YB mereka dengan sekampit beras. Hingga terlupa staff Nurse sebelah rumah, anggota polis di depan rumah dan anggota tentera di belakang rumah yang setiap hari turun ke padang berhadapan dengan risiko nyawa berjuang untuk keselamatan mereka.
Hero sebenar dilupakan kerana orang politik tahu kelemahan orang kampung dan orang tidak berilmu yang mudah diperbodohkan dengan permainan emosi. Tak percaya tunggulah nanti apabila keadaan semakin sifar maka muncullah Azmin Ali di Bukit Antarabangsa atau YB YB kalian.
Pesanan saya jika berakhirnya Covid-19… gunakan FB anda untuk ucapkan terima kasih kepada Doktor, Kakitangan Hospital, anggota polis, anggota tentera, pekerja tukang cuci hospital, pengangkut sampah dan lain-lain yang terlibat.
Sila jangan salah tujukan ucapan…Jangan lembu punya susu, sapi dapat nama. Maaf bunyi kejam sebab emosi dengan perangai Menteri Kesihatan. Jangan hero-hero negara itu akan menjadi nasib seperti FW De Klerk.Owhhh jangan la tujuk naif sangat dikampung kampung sana..kan kamu kena bayar cukai tanah juga..jadi apa sahaja yang diterima itu janganlah ucap dan memuja sangat YB yang beri..cuma itu memang tugas mereka untuk melaksankan tanggungjawab kepada yang sudi mengundi mereka dan setuju dengan kerajaan ikut atap...
Oooh…. lupa ….I just want to say thank you very much to BIG MINISTER KELANTAN
Nanti saya tulis lagi dan terima kasih dapat bonus duit raya...dan utang yang tiada insuran untuk diraikan...erkkkk. jangan minta mati awal dulu, sebab pinjaman tidak disokong insuran...kah..kah..kah