Mengapa hina frontliner pekerja asing?
Kredit: Ipohmali
Malu aku membaca kebanyakan reaksi rakyat Malaysia, apalagi ianya datang dari kalangan orang agama, sebagai muslim sejak PKPD di Selangor Mansion dan Masjid India melibatkan warga Asing.. yang terbaru melibatkan isu Rohingya..membaca reaksi mereka..sedih aku baca…
Pelbagai penghinaan yang ditulis, Bangsa tak guna, Pemalas, Pengotor, halau mereka balik ke negara mereka..Seolah olah mereka ini sama taraf dengan haiwan atau hamba abdi..Sedangkan kebanyakan mereka alah saudara sesama muslim..
kalau nak cari sifat2 jahat tu..tak kurang nya ada pada rakyat kita sendiri,, yang duduk dalam timbunan sampah di Kedah tu bukan rohingya, tapi Melayu..kalau begitu Ashabiyahnya kita , tidak ada bezanya kita dengan Trump dan sentimen white supremacy nya..
Begitu tebalnya semangat Ashabiyah,racistnya sebahagian rakyat kita.. Kita boleh kritik atas kelemahan Kerajaan mengawal mereka.. atau sikap sebahagian dari mereka..tetapi tak perlu sampai menghina dan membawa sentimen kebencian kepada mereka..mereka juga manusia..
Di Singapura, Sejak kes COVID-19 melonjak naik disebabkan kes melibatkan pekerja asing di Dormitori mereka.. Rakyat Singapura ramai dari kalangan mereka yang bersimpati berlumba lumba memberikan sumbangan menghargai khidmat mereka dalam ekonmi.. Mereka tak salahkan warga dan pekerja asing..
Kelmarin bila mendengar ucapan PM Singapura, Hsien Long.. Aku rasa malu.. Bagaimana sifat sebagai muslim tidak ada dan hilang dari orang muslim sendiri.. apa kata Hsien Long dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung ?
” kami harus menjaga pekerja asing seperti mana, kami menjaga warga Singapura.. Kami akan menjaga kesihatan dan mata pencarian mereka..ini adalah tanggung jawab dan kewajipan kami..”..
Tidakkah kita sebagai muslim rasa malu.. mana nila dan sifat insani dan kemanusiaan kita ? Sebagaimana kita tidak layak menghina kelompok tabligh..Begitu juga kepada warga asing…mahupun pekerja asing..
Sebenarnya kalau kita faham, sebahagian mereka inilah frontliner bagi negara kita.. ada diantara mereka yang terlibat dalam sektor pembinaan , Perkhidmatan pembersihan dan pembentungan..dan pelbagai aktiviti Ekonomi.. Kalau takda pekerja asing ini rasanya ekonomi kita akan lumpuh..
Lihatlah di pasaraya, Hospital, Sektor Pembinaan, Kilang kebanyakan yang terlibat adalah pekerja asing..Apakah kita ingat sektor ini mampu diisi oleh rakyat tempatan.. Apa yang jadi masalah dalam negara kita, Bila selama ini pekerja asing dieksploitasi oleh majikan,Kapitalis hatta orang orang Politik..
Sampaikan ada pertuduhan melibatkan akses pekerja asing ini ,Syarikat yang membekalkan mereka ini dikuasai oleh adik beradik menteri.. sebenarnya inilah contoh perdagangan manusia yang dilakukan secara legal melalui jalan jalan Politik..Mereka kaya kerana mempunyai akses kepada Kerajaan dan orang orang Politik.. hatta yang membekalkan mereka ini dengan kerakyatan dan IC bukan kah kerja orang kita sendiri ?
Kenapa Singapura mampu mengatur, dan menyusun penempatan warga asing mereka secara sistematik.. kenapa tidak kita.. ? Sebab ramai dari kalangan pemimpin Politik..mereka hanya bersandiwara.. Kononnya nak tunjuk jaguh membela sesama Islam..hakikatnya.. hanya bertujuan mencari keuntungan Politik..
Soal penguasaan warga asing dalam Ekonomi bukan perkara baru..begitu juga jenayah..bukan hanya melibatkan warga Rohingya..hatta kalau kita lihat bagaimana warga India, Bangladesh dan Indonesia selama ini bermaharaja lela..
Cukuplah kita lihat kedai2 Acheh dan sekitar Chow kit.. Sebab apa ini berlaku ? Sebabnya pentadbiran negara kita dipenuhi dengan rasuah dan salahguna kuasa.. mereka ini tak mampu untuk datang, berniaga..kalau tidak ada warga tempatan yg khianat, yang menjual lesen dan permit untuk mereka…Hari ini bagi menutup salah laku, dan dosa dosa silam mereka, mereka mengajak kita utuk turut sama memainkan politik kebencian..
yang menyebabkan banyak hak Melayu tergadai kepada warga asing.. adalah kerja mereka.. itulah yang mereka lakukan sekian lama dalam Politik.. Segala Dosa Dosa UMNO gadai tanah dan hak Melayu dan Islam..akhirnya mereka cuba salahkan DAP..
Ipohmali