LEPAS TIBAI MOHON MAAF...HA.HA...SAMA MACAM PERANGAI LEBAI JUGA YA...


I
Kenyataan Permohonan Maaf kepada YB Siti Zailah

1. Petang tadi, saya telah melayangkan suatu “tweet” sebagai balasan kepada artikel berita terbitan Malaysiakini yang bertajuk "SIS : Underlying tone in Siti Zailah's 'advisory' video wrong”. Tweet asal saya yang ditujukan kepada YB Siti Zailah adalah berdasarkan kandungan berita Malaysiakini tersebut, dan tidak mengambil kira video YB Siti Zailah.

2. Selepas menonton video “Rumah Tangga Bahagia Fasa PKP”  YB Siti, saya tidak lagi bersependapat dengan Malaysiakini bahawa kenyataan-kenyataan beliau adalah tidak sesuai. Dalam video tersebut, YB Siti hanya memberikan nasihat umum dan holistik mengenai bagaimana untuk menguruskan konflik rumah tangga semasa PKP.

3. Dalam video yang sama, beliau juga menggesa mangsa keganasan rumah tangga untuk meminta bantuan, melalui helpline yang dikendalikan oleh kementerian. Beliau juga menjelaskan bahawa semua aduan yang diterima buat masa ini telahpun diselesaikan.

4. Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada YB Siti Zailah. Saya telah melakukan kesilapan dalam membuat penilaian dengan terlalu cepat dan hanya berdasarkan satu sumber. Kesalahan ini adalah kesalahan saya seorang saja dan ianya tidak melibatkan pendirian Parti saya.

5. Saya juga ingin menegaskan bahawa kenyataan ini bukanlah suatu alasan untuk ahli politik muda seperti saya untuk mengulangi kesalahan yang sama lagi. Saya akan berwaspada sebelum saya membuat sebarang kenyataan di media sosial saya pada masa akan datang.

6. Saya juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mengulangi kesilapan saya dengan membuat kesimpulan secara sembrono tanpa meneliti sumber maklumat terlebih dahulu.

7.Pada waktu yang genting ini, kita hendaklah menangani wabak COVID-19 secara tabah dan bersatu. Kita tidak harus terganggu daripada menghadapi isu pandemik. Oleh itu, pemuda MCA akan terus melaksanakan tanggungjawab kami dalam membantu sektor-sektor masyarakat yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Dengan itu, saya meminta maaf di atas perbuatan saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Nicole Wong

STATEMENT OF APOLOGY TO YB SITI ZAILAH

 1. Earlier, I posted a tweet in response to a news article published by Malaysiakini titled: "SIS : Underlying tone in Siti Zailah's 'advisory' video wrong”. My earlier tweet on YB Siti Zailah was based on the contents of the said Malaysiakini article alone, and not on YB Siti Zailah’s actual video.

2. Upon viewing YB Siti's “Rumah Tangga Bahagia Fasa PKP” video later, I find that her statements were actually not objectionable at all. In her video, YB Siti offered general and holistic advice on how to manage household conflicts during the MCO.

3. In the same video, she also urged victims of domestic violence to seek help, and provided a ministry-run helpline for that purpose.

4. As such, I would like to offer my humblest apologies to YB Siti Zailah, and seek for her forgiveness. I have made the mistake of making judgments too quickly based on a single sources, without vecking the veracity of that course first. I should not have done so. This mistake is mine and mine alone, and does not XX the standing of my party.

6. I would like to stress that this apology is still no excuse for a young politician like myself to make similar blunders in future. I shall endeavour to be more vigilant and diligent in vetting my social media postings in the future.

7. I also urge members of the public not to repeat my mistake of jumping to conclusions without conducting due diligence by vetting the sources of information first.

8. This is a time when we should be working shoulder-to-shoulder  against the COVID-19 pandemic, instead of turning on each other.   We must remain steadfast in this cause and not be swayed or distracted from confronting the global pandemic head on. In this regard, the MCA Youth shall continue to do our part in helping affected communities by providing them with essential goods and services. No more distractions.

Thank you

Humblest apologies,
Nicole Wong