Khairuddin antara ‘batu api’ yang lagakan Tun M dan Anwar
Kenyataan Khairuddin Abu Hassan pada 21 April 2020 yang menyatakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan untuk tidak lagi bersama PH adalah suatu yang jelas dilihat sebagai hasutan terhadap gabungan tersebut.
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor mengkritik kenyataan dikeluarkan oleh Khairuddin yang bersifat ‘batu api’ antara Tun Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Johor, Serudin Soud, Khairuddin perlu sedar ihsan yang selama ini diberikan oleh PH untuk beliau meneruskan karier sebagai ahli politik di negara ini.
“Dia (Khairuddin) siapa untuk mencatur urusan PH dan sekiranya nasihat, bukanlah dengan mengaibkan orang lain serta mempertikai soal perjuangan seseorang itu.
“Kena ingat, Khairuddin bertanding pun atas ihsan PH tidak seperti Anwar Ibrahim yang memang sedari dulu berjuang untuk menggerakkan kekuatan bagi menjatuhkan BN sebelum kehadiran dia (Khairuddin) dalam arena politik pembangkang.
“Lebih baik dia diam dari terus mengeluarkan kenyataan seperti ‘batu api’ untuk memecahkan gandingan Tun dan Anwar,” katanya ketika dihubungi.
Serudin turut menyatakan bahawa Tun Mahathir bukanlah seorang yang mentah dalam dunia politik.
Tambahnya yang membidas kenyataan Khairuddin yang seolah-olah mempergunakan orang lain bagi tujuan karier politiknya terus berlangsung.
“Kita lihat dalam kenyataan tersebut, beliau menyalahkan banyak pihak serta mengangkat diri seseorang tokoh sedang beliau sendiri tidak yakin akan kredibilitinya.
“Dalam pada itu, Khairuddin dilihat naif dalam mencatur politik sehingga menjadi orang yang kalut dalam melihat beberapa isu termasuk soal tertubuh kerajaan PN yang jelas membelakangkan suara rakyat.
“Bagaimana kita boleh mendengar suara individu sebegini yang kerjanya hanya menumpang tuah pada diri orang lain bukan pada keyakinan dirinya sendiri,” katanya lagi.
Khairuddin umpama parasit dalam setiap PM. Cuma zaman Najib beliau diketepikan.
Khairuddin umpama parasit dalam setiap PM. Cuma zaman Najib beliau diketepikan.