Saridah Sh Abdullah
Masih ingat Allahyarham Tok Guru Nik Aziz? MB Kelantan 20 tahun. Macam-macam akses seorang MB kepada khazanah negeri. Kehidupan zuhud menjadi pilihan hati. Bahkan Allahyarham memotong gaji bulanannya untuk dimasuk ke tabung negerinya. Elaun keraian tidak diambil dan duduk di rumah sendiri. Hutang BN tinggalkan dibayarnya WALAUPUN Kelantan sentiasa dianaktiri oleh kerajaan pusat.
Kenapa dipilihnya zuhud daripada hidup mewah? Hatinya bahagia meraih redha Tuhannya.
DS Anwar Ibrahim, menteri kewangan 8 tahun. Macam-macam boleh diambilnya, lebih dari 1MDB pun jika beliau mahu, kerana network dunia Arabnya lebih besar dari Najib. Tapi beliau telah membawa Malaysia dikenali hingga ke peringkat antarabangsa melalui pelan-pelan kewangannya sehingga muncul sebagai Asian Tiger! Dilalui penjara dengan berani setiap kali digertak tanpa tunduk kepada tirani membolos diri. TIADA Menteri Kewangan sebaik atau lebih baik darinya sehingga kini!
Kenapa sanggup dia berkorban walau tanpa penghargaan? Malah dicerca dan dihina! Hatinya bahagia meraih redha Tuhannya.
Ust Ebit Lew ke merata cerok negara membantu simiskin tanpa mengira bangsa dan agama. Walau disindir dan ditanya mengenai dana. Dia tetap teruskan walau penat dan sedih kerana baginya bahagia hanya ada di Hati yang mendapat redha Tuhannya.
Kenapa kita gemar bertanya pada pilihan orang yang bahagia membahagiakan orang lain? Kenapa kita membisu terhadap perbuatan orang yang menipu, mencuri hak kita? Oh biarlah Allah membalasnya, kita diajar begitu. Betulkah? Atau kita diajar supaya takut kepada orang jahat dan membuli orang baik?
Kita tidak diajar untuk memuji tetapi mengeji? Kita diajar untuk tidak menghargai tetapi untuk berdengki? Jika begitu resam budaya kita, kita akan hilang dari dunia. Bermula dengan identiti kita! Tulisan yang hilang, bahasa yang tidak disayang, budaya songsang dipertahan, empati ehsan menjadi kehairanan.
Hairan melihat kezuhudan, hairan melihat keadilan, hairan melihat kejujuran, hairan melihat perjuangan untuk penambahbaikan.
Sudah terbiasa dengan kebiadapan, sudah terima penipuan sebagai sebahagian kehidupan, sudah mangli dengan penindasan, sudah akur dengan penjajahan akal fikiran.
Lihat mata sepet, kulit putih itulah Cina. Lihat kulit gelap, hidung tinggi itulah India. Tidak hilang identiti mereka. Melayu rupa bagaimana? Ada yang persis Arab, ada Mat Saleh, ada sedikit sepet, ada hitam manis. Kita adalah bangsa darah yang bercampur sudah! Sepatutnya Melayulah yang terbaik membimbing semua bangsa, menjadi bangsa contoh dunia!
Tetapi kerana Melayu pilih yang pencuri, penipu, perasuah, pedagang agama dan penjenayah sebagai ketua mereka, MAKA Melayu telah MENGKHIANATI bangsa mereka sendiri! Jangan lagi nak salah Allah, kun fa ya kun, qada dan qadar. Melayulah satu-satu bangsa yang mewarisi Islam sejak lahir ke dunia. Tapi orang Melayu juga menolak tepi iman mereka apabila memilih tertipu dengan gemerlapan dunia! Bumi Melayu paling bertuah kurniaan Allah tetapi menjadi sial kerana keadilan tidak terpasak dalam pengagihan khazanah.
Biar Ust Ebit Lew terus mencari Melayu yang susah untuk ditarbiyah agar menjadi Melayu bermutu bermaruah. Jika UEL tidak sampai, kita pun tak kenal Melayu yang terabai!