Jangan biarkan Pas ekstrem seperti syiah …SIRI 2


Jangan biarkan Pas ekstrem seperti syiah ...
AHMAD SAYUTI BASIRON

11. Dan hakikatnya “fenomena Haji Hadi” itu jadi lebih parah kebelakangan ini bila berduyun adik-adik ana yg belajar di Mesir mula pulang ke Malaysia. Dan merekA terus terlibat dengan party politik dengan cara yg tertutup dan tak progressif. Ini kerana katanya, cara didikan Mesir dahulu dibuat tanpa pendedahan politik & pengurusan dan berbeza dengan negara lain yg lebih terbuka. Tetapi mereka itulah yg dipanggil ustaz atau digelar ulamak dan terus mengajar dan menggerakkan party & Dewan Ulamak, Dewan PEmuda di Malaysia dengan cara tertutup juga. Mereka itulah yg menjadi menjadi pemimpin party hari ini tanpa pendekatan terbuka dan berfikiran kritikal.
12. Pegangan ramai ustaz Mesir itulah mengembangkan fenomena patuh dan walak secara melampau ke dalam party untuk hanya jadi pengikut tanpa dibenarkan bersuara atau menegur apa juga kesilapan yg dilakukan oleh Ustaz Hadi masa itu.
13. Hinggalah akhirnya Ustaz Hadi diangkat seolahnya menjadi seperti Ayatullah Syiah yg wajib ditaati secara total oleh ahli dan pengikut. Dan apa jua tindakan berhujjah atau menegur Haji Hadi itu adalah dianggap berlawanan dengan konsep jemaah Islam, dan menderhaka.
14. Itu tak boleh ya akhie. Party politk kena dibersihkan daripada anasir Syiah itu. Ana takut kajian PhD ana tentang Syiah itu akhirnya jatuh pada pada party ana sendiri. Sama seperti yg sudah berlaku pada Arqam apabila Ketua Lajnah Tabiyyah party sendiri bertindak keluar bersama pengikut yg ramai hingga dilantik menjadi Abuya yg diagungkan. Mereka itu samalah seperti Syiah sebenarnya.
15. Ana takut kalau antum (5 orang kami depan itu) tak tukarkan Ustaz Hadi dalam muktamar akan datang (2013) atau 2015, Pas akan terkeluar daripada PR kelak sebab kejadian Kota Damansara itu jelas menunjukkan pemimpin party sudah menganggap apa jua keputusan oleh Ustaz Hadi itu seolah maksum, tepat dan wajib ditaati semuanya walaupun ianya perbuatan khianat.
16. Saya tanya – Habis kalau itu yg berlaku, siapa yg patut kita naikkan untuk gantikan Tok Guru itu?
17. Jawab Pak Daeng – bagi ana seorang sahaja yg nampak paling sesuai pada masa ini untuk diangkat sbg Presiden party, iaitu *** sahaja. Sebab dia dah dilatih sebagai ulamak sejak kecil, dan punyai pendedahan ilmu politik dan ilmu pengurusan yg kuat.
18. Kata Pak Daeng lagi, ya akhie, kalau enta berhubung dengan *** enta kirim salam pada dia, dan enta beritahu Pak Daeng ajak dia ke rumah. Sebulan selepas itu, saya berjaya meyakinkan *** untuk luangkan masa dan menemani ** menziarahi Pak Daeng untuk makan tengahari dan menyaksikan mereka berbual mesra dalam Arab berkaitan kisah-kisah semasa.
19. Manis pengalaman itu. Saya simpan gambar-gambar pertemuan itu sebagai kenangan.
(Cuma demi berlaku adil – Pak Daeng menukar pandangan itu selepas 2 tahun dan kemudiannya dilantik memegang jawatan penting party. Bagi saya, it’s ok, ijtihad berubah barangkali).
KISAH KEDUA – kelmarin.
1. Dari ratusan mesej FB atau WhatsApp menyerang saya sebaik RPK membuat posting “Pengarah YADIM celakakan Tok Guru”, terdapat individu yg mengenali saya menalefon dan berbicara panjang (7-8 calls), dengan nada yg keras awalnya, tapi berakhir dgn baik.
2. Saya kongsikan satu pandangan AJK Dewan Ulamak yg juga pimpinan utama Negeri yg menalefon dan terus meminta “ana nak pesan pada enta adinda Sayuti, walau enta tak setuju sekalipun pada Tok Guru, janganlah sesekali enta berkata Tok Guru itu berbohong, apatah lagi melakukan khianat, sekali pun ianya benar pada pandangan enta”. Itu sahaja disampaikannya.
3. Saya bertanya – kenapa pula sampai begitu? Apabila dah jelas sesuatu yg dilakukan itu pada nyata pembohongan pada ucapan atau perbuatan, kenapa salah untuk kami ahli politik yg berbeza party mendedahkan pembohongan atau pengkhianatan yg terbuka itu?
4. Jawabnya – enta tak tahu Sayuti, ana sangat rapat dan kerap berdampingan dengan Tok Guru dan ana tahu betapa waraknya & cermatnya Tok Guru dan beliau tak akan sesekali lakukan dosa-dosa yg enta katakan itu. Ana yakin setiap apa yg Tok Guru lakukan itu dibuat dengan petunjuk dari Allah. Bahkan ilmu Tok Guru itu adalah amat jauh tinggi daripada kita di bawah sini yg tidak nampak apa yg Tok Guru nampak di atas sana. Maka siapalah kita nak katakan seorang ulamak itu sebagai pembohong, apatah lagi khianat?
5. Saya katakan lagi – habis kalau Tok Guru itu dah jelas berbohong tapi saya tak dibenarkan kata bohong dan dedahkan tindakan Tok Guru itu, apa pula kalimah yg boleh saya gunakan? Sedangkan dalam Islam pembohongan (kaziba atau buhtan), dan juga khianat adalah DUA dosa yg Rasulullah haramkan langsung dilakukan oleh orang beriman dalam apa jua strategy politik sekalipun. Pembohongan yg diharuskan pun hanya dalam situasi menyelamatkan nyawa dalam peperangan sahaja, bukan pembohongan politik!
6. Jawab Ustaz itu – itulah yg enta tak belajar Sayuti, dalam Islam ada khid’ah (tipudaya) peperangan, dan apa yg Tok Guru lakukan itu bukannya pembohongan atau khianat. Tapi itulah yg dinamanakan at-tauriyyah ( التورية ).
7. Saya tegur, eh Ustaz, at-tauriyyah itu maknanya sesuatu perkataan atau perbuatan kita yg kita sampaikan sengaja diolah untuk difahami dengan maksud yg berbeza oleh penerima. Atau disebut perbuatan atau perkataan yg punyai dua makna.
8. Contoh at-tauriyyah yg berlaku di zaman Rasulullah adalah ketika seorang Badwi menahan Saidina Abu Bakar bersama Rasululah ketika melarikan diri daripada kafir Quraisy yg mengepung Kota Makkah ketika peristiwa Hijrah. Penduduk Makkah dijanjikan habuan sangat besar jika boleh membawa Rasulullah dalam keadaan hidup atau mati. Maka tatkala ditanya oleh Badwi itu siapa yg bersama kamu, lantas Abu Bakar menjawab itu adalah “penunjuk yg menunjuk jalan buat aku” (هَادٍ يَهْدِيْنِي السَّبِيْلَ). Lantas Abu Bakar & Rasulullah keduanya dilepaskan kerana Badwi yg tidak mengenali Rasulullah itu berfahaman Baginda itu adalah petugas yg diupah yg menunjukkan laluan di padang pasir tersebut kepada Abu Bakar. Itulah at-tauriyyah wahai Ustaz!
9. Saya jawab, saya tak nampak langsung bahawa mana-mana kesalahan Tok Guru itu boleh untuk kita nisbahkannya kepada at-tauriyyah. Tak kena langsung analogy nya!
10. Saya berikan pada ustaz itu beberapa contoh pembohongan Tok Guru dalam pendedahan yg lepas, termasuklah – Tok Guru menuduh Anwar suka kacau bini orang, Anwar suka lelaki muda yg cantik, Anwar akan buka Pengkalan Tentera Amerika di Sabah jika menjadi Perdana Menteri, dan juga tuduhan Tok Guru bahawa Amanah ditubuhkan oleh Anwar & DAP (tahun 2015 Anwar masih dalam penjara), dan satu lagi Amanah dibiayai sebanyak RM1 juta oleh DAP masa awal penubuhannya. Saya kata pada ustaz itu, kesemuanya contoh yg saya berikan itu tiada satupun yg punyai “dua makna”. Melainkan kesemuanya adalah jelas satu pembohongan (buhtan) atau fitnah yg nyata.
11. Maka jawablah ustaz AJK Ulamak itu – tak apalah enta nak kata apa pun pada fahaman enta. Tapi enta janganlah guna perkataan bohong atau khianat pada Tok Guru itu. Enta letakkan sedikit rasa “husnul dzan” dan tsiqah pada Tok Guru yg pernah mendidik enta itu, sekalipun dia bukan lagi Presiden party enta.
12. Atau setidaknya, sebelum enta nak kata Tok Guru itu pembohong atau pengkhianat, letakkanlah dahulu diri enta sebagai seorang anak pada Tok Guru, bahawa seorang ayah yg sayangkan Islam tak akan sesekali berbohong untuk masa depan anak-anak dia, terutama dalam perkara melibatkan agama.
13. Saya langsung tidak mendapat kefahaman dari apa yg disampaikan ustaz itu. Sebelum perbincaangn tamat, saya jawab – ustaz bayangkan begini, kami ini dilatih sejak sekian lama antaranya oleh Tok Guru untuk berkata benar dan berani menegur apa jua kesalahan atau maksiat yg dilakukan oleh ketua. Dan kami jadikan prinsip itu sebagai pendirian sejak sekian dalam dalam party lama lagi dan sekarang.
14. Tapi hari ini bila kami dah keluar party lama, dan tubuhkan party baru Amanah, ustaz arah kami pula untuk bersangka baik dan tsiqah pada kesalahan Tok Guru itu, dan tak benarkan berkata beliau berbohong atau khianat pada sesuatu yg begitu jelas sudah dilakukannya yg merugian Islam.
15. Saya hakikatnya kalaulah saya ini masih tsiqah atau masih bersangka baik pada keputusan politik Tok Guru itu, maka sudah pasti kami tak payah bersusah-payah berijtihad dan berkorban meninggalkan party lama sejak 4 tahun lalu.
16. Maka dalam situasi berbeza party inilah kami akan kena terus menerang dan mendedahkan segala pembohongan atau pengkhianatan Tok Guru dan mengambil keuntungan politik atas pendedahan tersebut.
17. Hakikatnya juga, walau kami masih boleh hormati kefaqehan ilmu agama yg Tok Guru itu miliki, tetapi kami tak akan sesekali redha pada maksiat atau dosa yg Tok Guru lakukan melalui pembohongan atau khianat untuk tujuan politik yg Tok Guru itu lakukan.
18. Perbincangan selanjutnya berjalan dengan tidak teratur dan menjadi agak tegang. Walau persoalan at-tauriyyah, husnul dzan, dan tsiqah itu saya dah jawab dgn sempurna, tapi saya rasa ia masih tidak menoktahkan sebarang kesimpulan yg berjaya diterima oleh ustaz itu, selain arahan walak & taat semata.
Ikhwah yg dirahmati Allah.
Itu satu contoh panggilan telefon yg saya terima yg seseorang yg rapat dengan saya, di party sana.
Oleh itu saya gabungkan Kisah Pertama 7 tahun lalu itu, dan Kisah Kedua yg berlaku beberapa hari ini.
Saya berpendirian, disitulah titik pertemuan untuk kita kenali akan betapa rosaknya fikrah (haddamatul firriyyah) pada party berlabel Islam itu apabila kedua elemen ‘asobiyyah (ta’asub pertahankan kesalahan ketua) dan elemen pemujaan ketua bergabung untuk mewujudkan kebangkitan pengikut yg melampau dan tak berasa takut melakukan pelbagai dosa pembohongan & khianat atas nama party politik.
Saya bersetuju dengan kerisauan diutarakan Pak Daeng itu, kerana Pak Daeng amat takutkan party itu menajdi seperti Syiah atau Arqam jika Tok Guru terus memimpinnya. Kerana bagi saya penularan wabak ketaksuban buta sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja demi “mentaqdiskan” (mensucikan) Tok Guru atau ulamak mereka dari dosa yg sengaja dilakukan oleh ketua itu.
Maka atas gabungan kedua kisah di atas, saya lihat party itu sedang menuju kea rah indoktrinasi Syiah yg ditanam ke dalam pemimpin dan pengikutnya tanpa mereka sedari.
Contohnya, kenyataan media Tok Guru itu baru ini berbohong (mengambil contoh pembohongan Nik Abduh) itu adalah wajib dilakukan adalah sama denga peganga Syiah ketika cuba melepaskan diri dari kesalahan politik mereka.
Kesimpulan.
Benarkanlah kami daripada party berbeza ini untuk terus menegur atau mendedahkan apa jua pembohongan atau pengkhianatan yg dialukan oleh musuh politik ini. Dan tak setuju dengan pendedahan kami itu, maka datangkanlah hujjah itu dengan baik tanpa mudah melacurkan prinsip-prinsip agama yg mulia ini.
قُلْ هَاتُوا بُرْهَانكُمْ إنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Dan jangan sesekali berfikir kamu boleh memaksa kami menelan pil tsiqah & walak itu pada kami yg bukan lagi bersama dalam party kalian.
wallahu’alam