MD ZULAIMI KAZIN
Antara isi surat panas Duta Khas PM ke Negara Timur Tengah ada ditimbulkan antara sebab Anwar ditolak adalah soal akhlak disamping dituduh sebagai Islam Liberal. Akhlak disini dimaksudkan dgn isu liwat yang pernah memenjarakan Anwar.
Anwar di sumbat ke Penjara Sg Buloh sebanyak 2 kali sebab terkait dengan tuduhan liwat.
Yang hairannya, sahabat-sahabat Anwar dikalangan pemimpin-pemimpin negara Timur Tengah dan tokoh-tokoh besar ulamak Islam masih terus bersahabat malah makin rapat dengan Anwar. Apakah mereka tidak jijik dgn liwat? Sebenarnya itu menunjukkan mereka ini semua kenal rapat dengan Anwar sebagai sahabat, mereka menolak semua tuduhan liwat tersebut.
Yang terima tuduhan dan menjadikan isu liwat sebagai senjata politik sahaja, mereka sendiri pun yakin Anwar tidak terlibat, semuanya konspirasi politik sahaja.
Jadi bila ada lagi tokoh-tokoh ulamak dunia masih terus terima Anwar dan berkawan dgn Anwar, jadi usaha mesti diteruskan untuk memburukkan Anwar agar imej Anwar tercalar. Apakah usaha ini berjaya? Kalau berjaya bagaimana surat ini didedahkan oleh penerima surat ini? Sebab penerima sendiri pun tak percaya isi surat tersebut jadi perlu dirujuk kepada orang Malaysia yang lebih tahu isu ini maka terbongkarlah usaha jahat ini.