ibrahim mat isa
Kisah wabak di zaman dahulu..
Foto di bawah ini menggambarkan suasana epidemik Spanish Flu yang bermula pada Januari 1918 sehingga Disember 1920 dan merupakan antara wabak penyakit terburuk dalam sejarah manusia.
Seramai 500 juta orang telah dijangkiti dan dianggarkan seramai 17-50 juta orang telah meninggal dunia disebabkan wabak ini.
Cara yang paling berkesan wabak ini dihentikan adalah dengan langkah Social Distancing.
Negara yang terjejas mula menutup sekolah, rumah ibadat dan tempat orang ramai berkumpul sehinggalah wabak ini perlahan-lahan hilang.
Meskipun ramai yang djangkiti dan meninggal dunia, kita memahami keadaan ketika itu bahawa teknologi perubatan tidak semaju sekarang selain dan hebahan maklumat lambat sampai ke tempat jauh dan yang terjejas.
Apapun, kaedah pencegahan tetap masih sama iaitu "Social Distancing" dan mengamalkan kebersihan diri pada tahap optimum.