MOHD NIZAM
Baru tahu ke??
Nik Amar bohong lagi...dia kata betul Hj Hadi ada tulis surat itu tapi atas kapasiti peribadi..
Tapi aku nak kata, Kepala Bapak apa surat itu rasmi guna Letter Head parti Pas?!! Peribadi celah kangkang..lebai kuat menipu.
Tok Guru hantar secara pribadi, kami sendiri tak tengok surat tu, kata Nik Amar
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar berkata, surat kepada pemimpin gerakan Islam yang dibuat oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibuat sendiri oleh beliau.
“Jadi kami sendiri pun tak tengok surat itu. Memang tok guru (Abdul Hadi) hantar secara peribadi, dan surat itu juga lebih menerangkan isu dan perkembangan yang berlaku dalam tanah air,” katanya yang juga Naib Presiden Pas.
“Surat itu ditujukan khas oleh presiden kepada pimpinan-pimpinan gerakan Islam,” kata Nik Amar kepada Malaysiakini hari ini.
Nik Amar mengesahkan surat itu ditulis dan dihantar oleh Hadi secara pribadi.
Nik Amar mengulas surat dalam bahasa Arab yang dipercayai dihantar oleh Hadi menerusi email kepada kenalannya di luar negara.
Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu yakin ia bukan ditulis sendiri oleh Hadi memandangkan kandungannya penuh dengan fitnah.
“Secara peribadi, saya berkeyakinan bahawa surat tersebut bukanlah tulisan beliau.
“Ini kerana beliau adalah seorang ulama yang telah membimbing saya ketika dalam Pas sebelum ini,” kata Mohamad Sabu.
Namun, kata bekas Timbalan Presiden Pas itu, jika benar ianya ditulis oleh beliau, ia merupakan satu tindakan yang sangat tidak berakhlak.
“Ini kerana surat tersebut sarat dengan fitnah, fakta yang salah dan tuduhan yang sangat jijik. Lebih-lebih lagi dilakukan oleh seorang yang bergelar ulama,” kata bekas Menteri Pertahanan itu.