Ibrahim Mat Isa
Ramai juga bertanyakan aku melalui text dan juga bersemuka, tentang SURAT HJ HADI. Antara soalan mereka, betul ke surat itu tulisan Hj Hadi, kenapa Hj Hadi mesti tulis surat kepada pemimpin Gerakan Islam, dan pasai apa mesti ditulis keburukan pemimpin yang jadi seteru parti dia..
Dan macam-macam soalan lagi timbul.
Seperti biasa, jika soalan secara beradab, aku jawab sampai si penyoal puas hati.
Yang boleh aku simpulkan dari jawapan aku ialah, seseorang yang kurang dipercayai, yang tidak diambil perhatian dan membawa banyak kerenah kepada orang lain sudah tentu membina kebaikan diri dengan wangian dan bunga, lalu dilonggokkan sampah dan najis kepada seterunya untuk menyatakan bahawa dia dan kumpulan dia ialah suci lagi menyucikan.
P/S | Sekarang, hal ini sudah jadi terbuka dan dibaca oleh umum. Siapa yang akan malu? Yang menyampaikan aduan palsu dan fitnah, ataupun yang menjawab tuduhan dan fitnah.
Pak Arab bukannya bodoh, tambah lagi mereka di dalam gerakan Islam. Kalau tidak, masakan mereka merujuk kepada parti Amanah supaya terangkan hal sebenar. Ingat Pak Arab telan bulat-bulat ke tuduhan Hj Hadi?
📷 Ini merupakan surat balasan kepada Jemaah Islam serta kerajaan Timur Tengah yang meminta pengesahan sahih dan pembuktian dari Parti Amanah Negara. Surat ini ditandatangan oleh Penasihat Umum Ustaz Ahmad Awang.