Benarkah Kementerian Kesihatan cadang sesi Parlimen sehari?
Benarkah sidang Parlimen sehari pada 18 Mei ini dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan?
Sehubungan itu supremo DAP, Lim Kit Siang mahu Kementerian Kesihatan menyatakan adakah benar mereka yang memberikan saranan seumpama itu.
Lim berkata beliau meragui kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan bahawa saranan untuk mengadakan persidangan selama satu hari 18 Mei dibuat Kementerian Kesihatan.
Sidang Parlimen 18 Mei ini akan dimulakan dengan Istiadat Pembukaan yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan memberi kelulusan kepada kerajaan untuk pakej rangsangan ekonomi bagi mengatasi kemerosotan akibat Covid-19 dan tidak akan membenarkan soalan lisan, pertanyaan oleh menteri atau pembentangan oleh ahli Parlimen.
“Adakah benar Kementerian Kesihatan menasihatkan agar tidak mengadakan mesyuarat Parlimen termasuk secara maya dan mesyuarat jawatankuasa terpilih?
“(Apakah kementerian) meminta kerajaan bertanggungjawab dan memeriksa semua tindakan yang berkaitan dengan pandemik Covid-19.
“Saya cukup skeptikal bahawa idea mesyuarat Parlimen selama sehari pada 18 Mei datang dari Kementerian Kesihatan,” kata ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah perlu menjelaskan perkara ini dalam sidang media hariannya hari ini.