ANKARA: Sekurang-kurangnya 21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat Covid-19, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.
Negara itu melaporkan 177 kematian dengan kes positif sebanyak 3,764.
“Kematian doktor itu selepas dijangkiti daripada pesakit yang berbohong mengenai kesihatan mereka dan tidak memaklumkan pernah terdedah kepada pesakit Covid-19,” kata Presiden Persatuan Hospital Swasta, Rustico Jimenez.
Setakat ini, 740 pegawai perubatan di Filipina disahkan mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 dan kini menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.