Warga maya salahkan Azmin, kenang Dr Dzulkefly kekang Covid-19



Warga maya salahkan Azmin, kenang Dr Dzulkefly kekang Covid-19

Ahad, 15 Mac 2020 06:57 PM MYT

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Ekoran kes Covid-19 yang makin meningkat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi sasaran pengguna media sosial.


Rata-rata mengecam beliau kerana dianggap memulakan Langkah Sheraton hingga menyebabkan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad hilang jawatan.

“Dzulkefly telah melakukan kerja dengan sangat luar biasa, kemudian anda datang dan merosakkannya. Pengkhianat. Kerajaan pintu belakang memang tak kenal erti malu,” kata Gerald92.

“Malaysia mempunyai kes tertinggi Covid-19 di Asia Tenggara sekarang. Kalau 11 orang kamu tidak buat hal masa kritikal, pasti Dzulkefly da pasukannya tak terganggu membendung Covid-19 waktu seminggu lebih tersebut,” kata Jang Mang Wol pula.

Menteri perdagangan dan industri terdahulu menulis hantaran memohon orang ramai “mematuhi nasihat” Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) “setiap masa”.

Saranan berkenaan dibuat bagi membendung wabak tersebut dari terus merebak.

Malangnya gesaan itu dibalas dengan makian dan cercaan dari majoriti pengguna, yang tidak berpuas hati terhadap dirinya.