Kamu semua bukan orang politik. Kamu bekerja kerana Tuhan, rakyat dan negara tercinta ini.
Kami faham situasi yang kamu alami sekarang. Kami sedar bagaimana perasaan kamu dan keluarga kamu ketika ini. Di antara kepentingan diri, anak isteri dan keluarga, kamu memilih untuk bersama rakyat jelata. Ada di antara kamu terdedah kepada bahaya kerana mahu menyelamatkan nyawa orang lain.
Kamu bukan orang politik yang selalu menyusahkan. Kerjaya kamu mulia di sisi masyarakat dan di sisi Tuhan. Tiada siapa lihat dan dengar tangisan kamu, tetapi kamu lebih pantas mendengar rintihan dan tangisan rakyat, lantas kamu datang menghampiri tanpa mengira waktu.
Kamu bukan orang politik yang suka khianat. Kamu tidak pernah mempamirkan kesusahan dan kepenatan di hadapan pesakitmu. Kamu tersenyum dan sentiasa memberikan pengharapan kepada mereka yang begitu mendambakan bantuan kamu. Kamu orang yang paling gembira apabila pesakitmu sembuh dan pulang ke rumah. Kamu yang pertama menangis apabila pesakitmu tidak lagi bernafas.
Wahai wira dan wirawatiku,
Kamu bukan orang politik yang selalu tidak setia. Hari ini adalah ujian terbesar buatmu. Kamu tinggalkan keluarga tercinta demi untuk negara tercinta. Sebaik sahaja kaki mu melangkah keluar dari rumah meninggalkan keluarga tersayang, perkara pertama yang ada di fikiranmu adalah pengharapan agar hari ini tiada berita tentang kematian akibat COVID-19.
Terlalu besar jasamu. Kami mendoakan agar kelian semua dan keluarga dilindungi Allah Subhanahu Wataala, diberi kekuatan dan semangat agar tidak berputus asa. Seandainya kamu dipilih Allah untuk kembali kepadaNya di dalam menjalankan tugas mulua ini, kami memohon kepada Allah agar memberi pengampunan kepada kelian dan menempatkan roh2 kelian bersama golongan Syuhadak.
"YA ALLAH, SEMPENA MALAM ISRA' WAL MIKRAJ INI, PERISTIWA KEKASIHMU NABI MUHAMMAD SAW DI ANGKAT KE LANGIT, KAMI MEMOHON AGAR BAWALAH WABAK COVID-19 INI JAUH KE LANGIT DAN TIDAK BERADA DI BUMI TEMPAT HAMBA MU INI. SELAMATKAN PARA PETUGAS DAN SUKARELAWAN YANG BERTUNGKUS LUMUS WAKTU INI BAGI MEMBENTERAS WABAK YANG SEMAKIN GANAS MELANDA NEGARA KAMI, SELAMATKAN KAMI DAN KELUARGA KAMI SEMUA DARI BENCANA INI DAN AMPUNILAH KAMI. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA BERKUASA DAN PENYEMBUH SEGALA PENYAKIT." AMEEN, YA ROBBUL ALAMIN.
WFAUZDIN NS