PN: Pelabur asing letak harapan, ekonomi Malaysia terus jatuh
Dua minggu selepas kerajaan kudeta Muhyiddin Yassin ditubuhkan ekonomi Malaysia tidak menunjukkan tanda-tanda beransur pulih, sebaliknya mungkin menghadapi situasi yang lebih buruk.
Pemerhati ekonomi Jameson Tan berkata, pelabur asing mula melihat situasi yang dihadapi Malaysia adalah langkah menurun dengan perlantikan Menteri Kewangan yang hanya mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan berbanding pengurusan ekonomi.
“Harapan semua pelabur asing Menteri Kewnagan yang baru iaitu Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mampu membaiki-pulih ekonomi Maaysia yang sudah jatuh merudum akibat dari serangan virus Covid-19 serta penurunan harga petroleum di pasaran dunia.
“Pada masa ini, ekonomi dunia sudah mengalami penurunan yang amat teruk. Oleh itu, Menteri Kewangan perlu adakan pelan atau dasar-dasar yang baru untuk memulihkan keadaan ekonomi di Malaysia.
“Ini memang satu cabaran yang amat sengit dan sukar dihadapi tetapi kami berharap beliau akan berjaya,” katanya kepada Suara Pakatan Daily.
Beliau juga berharap agar percaturan politik dihentikan kerana terbukti lebih banyak membawa musubah. Katanya seminggu tanpa kerajaan pasti dan perlantikan Muhyiddin telah menyaksikan kerugian di pasaran saham melebihi RM91 bilion. Malaysia, menurutnya, tidak akan mampu untuk menghadapi kerugian seperti itu buat kali kedua.
“Juga saya berharap permainan percaturan politik tidak akan lagi wujud di Malaysia,” tambah beliau.