PENJELASAN YB NATRAH ISMAIL


Saya telah menerima peruntukan dari Kerajaan PH, iaitu Peruntukan Pengurusan Pejabat dan Bantuan Kebajikan pada bulan Januari 2020. Peruntukan tersebut telah diuruskan dan diberikan kpd penerima-penerima yg layak mengikut garis panduan yg ditetapkan oleh ICU/Kerajaan PH. 
Segala laporn peruntukan tersebut telah dihantar kpd Pengarah Pembangunan Negeri Johor.
Apabila seseorang Ahli Parlimen itu tidak lagi berada di pihak kerajaan (telah menjadi Pembangkang) sewajarnya peruntukan yang ada dipulang semula. Peraturan ini berkuatkuasa pad 25 MAC 2020.

Saya mohon mereka yang memfitnahkan saya supaya tunjukkan bukti yang saya telah menyeleweng wang kerajaan sebelum berlakunya rampasan kuasa dari PN. Saya mohon juga mereka yg mudah terpengaruh dengan orang tertentu ini pergi sendiri untuk mendapat kepastian dari Pengarah Pembangunan Negeri Johor. Saya hairan mengapa orang tertentu ini tidak berjumpa saya sendiri untuk dapatkan penjelasan sebenarnya.

Di awal tahun memang saya pentingkan sektor pendidikan dahulu. Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah-sekolah Kebangsaan, SJK (C), SJK (T) telah mendapat peruntukan tersebut. Untuk memuaskan hati anda semua, bolehlah bertanya dengan Pengetua-pengetua dan Guru Besar - Guru Besar di dalam Parlimen Sekijang yang tidak mendapat sebarang peruntukan dari saya. Jika ada, beritahu saya sekolah mana. 

Begitu juga dengan NGO2 - Cari sendiri berapa NGO yg telah menerima sumbangan dari saya. Sdr/Sdri boleh mengetahuinya di dalam wall fb saya, sama ada di sepanjang tahun lepas (2019) atau sehingga sekarang. Kebanyakan sekolah, atau kelab/NGO yg mendapat peruntukan tersebut akan mengundang saya utk majlis2 tertentu dan saya dengan rendah diri akan menunaikan undangan mereka, melainkan jika saya berada di luar negara atas urusan rasmi atau berada di persidangan Parlimen. Saya tidak akan menghantar wakil sesuka hati saya. Orang berbudi, kita berbahasa!
Saya tidak gentar dengan sebarang ugutan. Sila buat laporan SPRM sekiranya ia memuaskan hati anda semua. Saya juga tahu siapa yg menuduh tanpa bukti. 

Namun saya lebih fokus untuk membantu kawasan Parlimen Sekijang dlm mengurangkan kesempitan hidup rakyat marhaen dari kategori B40 dan M20, jadi saya tak perlu melayan mereka yg mudah dipergunakan! Sekian, Wassalam.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga!

YB Natrah Ismail

#AkuKeadilan
#BangsaJohorJati