Tiada SATU BUKTI walaupun secebis kerajaan PH dikawal dan ditunggang oleh DAP.
TIADA BUKTI SAMA SEKALI.
Namun ada bukti jelas Kerajaan Najib Tun Razak ditunggang oleh Jho Low yang bukan berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Tapi yg dihebohkan kononnya kerajaan PH tunduk dan patuh pada DAP.
Fitnah jahat dan sangat jahil disebarkan tanpa rasa bersalah dan rasa malu.
Contoh yg diberikan adalah pengiktirafan UEC oleh kerajaan Malaysia.
Rupanya, kerajaan Melayu PN sendiri pun iktiraf UEC dengan bangganya sekali.
Selain dari itu, takda bukti jelas pun yang DAP menguasai kerajaan PH.
Hakikatnya, DAP membuat keputusan bersama2 Amanah, BERSATU dan PKR.
TIADA KEPUTUSAN PH yang merugikan orang Melayu mahupun agama Islam.
Kebencian kepada DAP hanya cakap2 kosong sahaja tapi dipopularkan oleh cybertroopers upahan.
Namun, yang jelas adalah baik DAP mahupun Amanah dan PKR serta Tun, mereka menentang dan memerangi rasuah.
Malahan, kejatuhan PH pun adalah kerana sikap PH yang tegas dengan rasuah.
Itu sahaja.
Oleh kerana orang Melayu lebih rela naikkan pemimpin perompak dan rasuah dari orang yg bukan Melayu, maka racun dan fitnah ini menjalar dgn marak sekali.
Dr Mahathir dilaporkan berkata:
Dr Mahathir Mohamad mengakui kempen kumpulan penentangnya menggambarkan beliau mengikut telunjuk Lim Guan Eng berjaya mencipta sokongan walaupun pada hakikatnya, keadaan adalah berbeza.
Mahathir menjelaskan sebenarnya semasa dalam kerajaan dulu Lim - ketika itu berkhidmat sebagai menteri kewangan - yang terpaksa mengikut kehendak beliau sebagai perdana menteri.
"Saya sedar wujud kempen untuk (menubuhkan) kerajaan Melayu dan meletakkan saya (kononnya) sebagai duduk di bawah telunjuk Lim Guan Eng.
"Itu nampaknya diterima oleh ramai orang, walhal sebenarnya Guan Eng terpaksa ikut saya.
Jelas, PH jadi mangsa fitnah yang begitu jahat dan keji. Sebuah kerajaan yang tidak bebas dari kelemahan tapi ikhlas di dalam membina semula Malaysia yang telah hancur dirompak UMNO dan Barisan Nasional.
Namun, masa masih ada untuk kita menyelamatkan kembali Malaysia yang kita cintai ini.
Masa 2.5 tahun bukan masa yang lama,
Giatkan kempen ada kepada rakan taulan dan sahabat handai serta keluarga.
Inshaalah, PH akan memerintah semula.
TULANG BESI
https://www.malaysiawaves.net/2020/03/melayu-benci-rasuah-bersama-ph-melayu.html