MANGSA COVID-19 DI JAKARTA, DR HADIO ALI HANYA BERDIRI DI LUAR PAGAR MELIHAT ANAK-ANAK DAN ISTERINYA BUAT KALI TERAKHIR



Ini gambar terakhir Dr Hadio Ali yang meninggal dunia baru-baru ini selepas berjuang merawat pesakit-pesakit jangkitan wabak covid-19 di Jakarta, Indonesia. Inilah kali terakhir Allahyarham bertemu keluarganya. Sekadar berdiri di luar pagar melihat pada anak-anaknya dan isterinya yang sedang hamil.
Entah apalah yang bermain di pemikiran anak-anaknya ketika itu... adakah mereka boleh bersama lagi seperti dahulu. Doktor itu mengelakkan sebarang sentuhan dengan keluarganya yang tersayang, tidak mahu mengambil risiko menyebarkan virus pada mereka tanpa disedari.

Cuma berdiri di luar pagar seperti orang asing, itulah pertemuan mereka yang terakhir. Kita tidak boleh kalah dalam peperangan ini.Hargailah usaha doktor-doktor kita dan mereka yang sedang menggadaikan nyawa di frontline berdepan wabak yang ganas ini.

Ada para petugas di luar sana yang sedang bertarung nyawa untuk selamatkan entah berapa ribu keluarga di saat ini.

Berapa ramai di antara mereka yang hanya mampu melepaskan rindu bertemu dengan keluarga mereka dari jauh, cuma di luar pagar?

Itu pun mungkin buat kali terakhir, seperti Allahyarham Dr Hadio Ali ini. Patuhilah arahan duduk di rumah, bersama kita berdoa agar wabak ini hilang dari muka bumi ini.

Ya Allah, dengarkanlah rintihan kami. Selamatkanlah kami semua dari wabak ini. Amin.

Kredit: Rumah ku Syurga ku