*1. Penularan BERITA PALSU*
Telah berlaku satu tindakan tidak bertanggungjawab secara sengaja atau tidak sengaja oleh pihak pembangkang di negeri Kedah. Dipercayai ia dilakukan oleh Sdr Suhaimi Ibrahim ( Dikatakan Staff kepada YB Adun PM ) iaitu mereka hebahan palsu mendakwa masih terdapat baki ratusan barang sumbangan & boleh pakat ambil di pejabat pusat khidmat Penyelaras Dun Pantai Merdeka. Hal ini telah menyebabkan saya terkesan dan telah berlaku himpunan kecil di pusat khidmat. Tindakan zalim ini amat kesali.
*2. Maklumat Kebajikan*
Namun demikian, ingin saya tegaskan.
A. Semua bantuan harus dimohon melalui MPKK kerana kerajaan negeri menyalurkan bantuan melalui MPKK sahaja. Ini kerana MPKK lebih dekat dengan penduduk kampung dan tahu hakikat kehidupan sesebuah keluarga.
B. Penyelaras Dun hanya memantau gerak kerja MPKK dan memastikan MPKK bergerak aktif menyantuni warga penduduk kampung.
C. Walau bagaimanapun, mohon kepada penduduk agar faham dan maklum bahawa bantuan ini terhad dan memandangkan bantuan kerajaan pusat hanya akan sampai seawai hujung April, mohon jasa baik penduduk boleh bertolak ansur dan utamakan keluarga / saudara / jiran yang teruk terjejas seperti
🔅penjaja harian yang tiada simpanan,
🔅Ibu Tunggal dan warga emas yang b40
🔅OKU dewasa yang tidak sumber pendapatan.
D. Segala pemohonan harus melalui MPKK masing masing dan berharap MPKK dapat mengurus permohonan ini dengan adil, telus dan Amanah. _Semoga Allah mudahkan kerja buat kalian._
E. Bantuan tidak akan dapat sesegera jika kehabisan stock. Insyallah *JIKA* tiada stock, pemohon yang diutama dan layak akan dimasukkan dalam waiting list MPKK dan edaran akan dibuat setelah stock baru tiba.
F. Ini juga kaedah dan SOP yang telah dilakukan minggu lalu. Walaupon difitnah dan dipolitikkan oleh pihak pembangkang, kami akan mengurus sebaik mungkin insyallah demi kebajikan dan kepedulian kerajaan terhadap rakyat negeri kedah.
Jasa baik warga penduduk sangat kami hargai dan harapkan dalam sama sama kita perangi wabak Covid19 ini.
#covid19
#PusatKhidmatPenyelarasDunPantaiMerdeka
*Azizan B Baharom*
Aktivis Masyarakat
Pusat Khidmat Penyelaras Dun Pantai Merdeka