KENYATAAN MEDIA MPN PAHANG

Kenyataan Media
Majlis Pimpinan Negri Pahang
Parti Keadilan Rakyat
12 hb Mac 2020

MPN Pahang memaklumkan bahawa kami telah pun menghantar kepada Lembaga Disiplin Keadilan satu laporan salah laku melibatkan beberapa pemimpin di peringkat negri dan cabang yang telah terlibat dalam gerakan  hasutan untuk mengkhianati parti, dengan saranan kepada Lembaga Disiplin  untuk menjalankan pemecatan keahlian keatas pimpinan tersebut  secara serta merta.

Mereka adalah seperti tertera di bawah.

a. Sdr Al Bakri Salim (Ketua Cabang Paya Besar)
b. Sdr Jefri Jaafar Tukemin ( Ketua Cabang Pekan)
c. Sdr P. Saravanan ( Naib Ketua Cabang Bera)
d. Sdr Rabidin Kasmawi (Ketua Cabang Rompin)
e. Pn Dasimah Zainuddin ( Ketua Cabang Bentong)
f. Pn Sitarunisah (Anggota Cabang Rompin)

Kesemua penama diatas dengan giat telah mempromosikan Perikatan Nasional kepada anggota-anggota akar umbi dengan maksud mengajak mereka menyertai Perikatan Nasional dan seterusnya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. Sesetengah dari mereka juga, tanpa berselindung telah memburukkan kepimpinan parti samada pemimpin peringkat negeri mahupun peringkat pusat  hatta Presiden juga turut menjadi sasaran kecaman mereka.

Mereka juga di dapati merupakan dalang di sebalik usaha keluar parti beramai2 yang di rancang pada hari ahad 15 hb Mac 2020 bertempat di Hotel Seri Bera, Bera. 


Teguran secara lisan telah dibuat,namun mereka masih berdegil, malah mereka semakin giat dan aktif meneruskan gerak kerja mencemarkan imej parti dan cuba menghasut seramai mungkin anggota parti untuk keluar meninggalkan Parti Keadilan Rakyat.

Keputusan melapor kepada Lembaga Didiplin di ambil berdasarkan laporan dan bukti-bukti lengkap yang di perolehi dari anggota parti di peringkat akar umbi, samada melalui rakaman audio atau tangkap layar artikel mahupun status mereka di media sosial (kumpulan whatsapp/Facebook). Dari sudut moral dan etika, perbuatan mereka ini jelas salah dan ianya juga bertentangan dengan peraturan disiplin yang telah ditetapkan oleh parti.

Di harapkan dengan tindakan Lembaga Disiplin memecat mereka ini, tiada lagi duri dalam daging yang boleh memecah belahkan kesatuan di dalam parti.  Semoga Parti Keadilan Rakyat negeri Pahang akan kembali utuh dan teguh semangat persaudaraannya, seterusnya mampu menyumbangkan bakti kepada Agama, Bangsa dan Tanah Air.


Pimpinan Parti Keadilan Negri Pahang juga ingin menegaskan bahawa didalam keadaan ketua2 cabang tiada lagi menerajui  parti, maka MPN akan mengambil alih serta merta pentadbiran cabang tersebut.

Parti Keadilan Rakyat negri Pahang juga ingin menegaskan bahawa tiada kompromi dengan pengkhianat di dalam parti ketika ini dan di masa hadapan. Kami juga yakin bahawa usaha memecat oleh Lembaga Disiplin apabila ianya di laksanakan akan lebih memperkukuhkan parti dan keluarnya mereka tidak akan dirasai oleh ahli parti yang lain,

Terima Kasih. 

Hjh Fuziah Salleh
Pengerusi MPN Pahang