Kalau korang semua rasa nak kecam public yang ramai- ramai bersesak di TBS tu, kecam lah. Kalau nak kecam yang bersesak kat balai polis tu, kecam lah. Tapi abang sebetulnya rasa simpati dan kasihan.
Di kalangan mereka yg bersesak di TBS dan balai polis tu bukanlah manusia tolol yang sengaja nak mendedahkan diri pada penyakit dan nak susahkan orang. Sebahagian mereka adalah penuntut-penuntut kolej dan universiti yang jumlahnya beribu-ribu telah diminta keluar mengosongkan kolej. Mereka hanya ikut arahan. Jika mereka stay di kolej pun, tiada jaminan mereka boleh survive hingga 31 Mac.
Mereka terpaksa guna apa ruang yang ada untuk kembali ke kampung. Di kampung ada makanan dan tempat rehat. Ibu ayah pun rasa happy anak-anak ada depan mata. Mereka tak ada pilihan selain beratur ramai-ramai di TBS. Di saat tengah mencari-cari tiket keluar arahan supaya dapatkan kebenaran rentas negeri dari balai polis sebelum boleh balik. Maka, berbondonglah ramai-ramai ke balai, sekali lagi mereka hanya ikut arahan yang diberi. Mereka masih ada tanggungjawab untuk patuh pada arahan yang dikeluarkan.
Sampai balai, balai sesak. Netizen tak tanya pun mcm mana mereka student-student ni bergerak dari kolej ke TBS, pergi ke balai dan perlu balik semula ke TBS klu sempat. Yang nak balik Sabah Sarawak perlu ke airport. Sampai balai, keluar lagi arahan tak perlu ambil surat. Dibenarkan untuk ke mana pun. Terpaksa balik semula ke TBS dan airport.
Kalau tiket masih ada, Alhamdulillah. Jika tak ada, mana mereka nak pergi. Kolej dah tutup. Nak lepak kedai makan, kedai tutup. Nak longgok ramai-ramai, salah. Nak lepak sorang-sorang tak selamat. Cuba fikir jika di kalangan mereka ni ada anak-anak kita.
Bukan mereka ni yang patut dikecam. Yang selayaknya disoal adalah pihak yang patut beri arahan yang jelas, yang patut uruskan mereka dengan baik secara sistematik. Ini adalah masalah komunikasi dan koordinasi. Dalam situasi bencana sebegini, koordinasi perlu dari atas dan diperjelaskan. Jika rakyat salah faham atau tak faham, jangan terus letak kesalahan pada mereka. Ada silap di pihak kita yg patut menguruskan.
Semoga mulai esok, semuanya akan kembali tenang. Kepada penyampai-penyampai berita tak bertauliah, fikirlah sebelum memberi komen atau sampaikan sesuatu berita. Yang kita kecam itu mungkin sebenarnya mangsa.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Kredit: Adzwar Halim