Kabinet 55 orang Umno, Pas bising, kabinet 70 orang boleh pula?
Kabinet Muhyiddin Yassin yang diumumkan semalam menjadi buah mulut rakyat. Keanggotaan seramai 70 orang menteri dan timbalan menteri adalah sangat besar
Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah mengecilkan saiz kabinet menjadi hanya 55 orang. Itu pun ketika Umno dan Pas adalah pembangkang mereka persoalkan gaji seorang menteri purata RM50,000. Untuk 55 orang mencecah mencecah RM3 juta sebulan.
Namun kabinet yang digelar rakyat ‘semua dapat bahagian masing-masing’ ini tidak pula dipertikaikan oleh penyokong Umno dan Pas.
Apakah implikasi kewangan kepada negara rentetan penambahan saiz kabinet ini? Berikut adalah kemungkinan yang akan berlaku :
- Pejabat kena tambah, perabot kena tukar dan tambah.
- Kereta rasmi kena tambah, kos penyelengaran kena tambah
- Elaun dan gaji kena tambah. Kalau dulu 50 orang menteri, sekarang 70 orang.
- Eskot Polis kena tambah. Tak perlu tambah duit tetapi pembaziran anggota elit di situ.
- Perlantikan jawatan politik pun akan bertambah mengikut menteri masing. Gaji lantikan ini dibayar oleh kerajaan.