Institusi zakat digesa salur dana khas bantu peniaga, penjaja kecil



Perintah Kawalan Pergerakan: Institusi zakat digesa salur dana khas bantu peniaga, penjaja kecil
Bagi kakitangan awam dan kerajaan atau bekerja dengan GLC atau syarikat disenarai awam memang seronok.
Boleh cuti dua minggu. Duduk rumah pun gaji tetap jalan. Mahu tidak seronok? 25 haribulan gaji tetap masuk.
Bagi yang kaya dan berduit macam Tony Fernandez atau Menteri kereta terbang si Redzuan Yusof, apalagi macam Muhyidin, mereka masih boleh terus main golf walaupun tidak bekerja setahun.
Tetapi bagaimana dengan rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?
Kebanyakan mereka ini Bani Melayu. Bercakap memang mudah, dari 18 hingga 31 Mac. Tidak dibenarkan buka kedai, tidak dibenarkan bersosial.
Tetapi apa langkah kerajaan bantu mereka ini. Yang diumum semalam RM2 bilion projek kecil.
Apa kaitan dengan langkah sekatan Covid-19? Itu pakej rangsangan ekonomi. Lainlah ada ditawarkan penangguhan ansuran bulanan atau sewa untuk hutang isi rumah mereka.
Bayaran RM600 itu pun untuk mereka yang dicutikan dengan notis macam pekerja MAS. Itupun terhad 30,000 orang, bukan peniaga dan penjaja kecil. Peniaga kecil, berniaga warung mana ada notis cuti. Notis kerja pun mereka tiada.
Tarikh 31 Mac ini ada yang kena bayar sewa kedai dan gerai. Ada yang kena bayar kereta. Ada yang kena bayar rumah.
Bagaimana yang berniaga gerai dan warung? Berniaga pasar malam? Pemilik bengkel kereta?
Ada yang pelu penuhi bayaran cek consignment barang dan bekalan atau peniaga kecil lain yang terhenti urusniaga mereka. Tidak ada sebarang insentif.
Ada insentif gantian pendapatan dalam tempoh dua minggu ini? Tiada. Patutnya, mereka yang terlibat, pekerja swasta, IKS diberikan bayaran gantian pendapatan RM50 sehari.
Kakitangan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat senarai awam dikecualikan sebab mereka tetap ada gaji. Negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) dan Jepun umum pakej berpuluh bilion dollar. Malaysia?
Ada pelayan kedai dan tukang masak yang dapat gaji harian RM50. Ada pomen kereta yang kena bayar pekerja. Kena bayar sewa. Semua mereka ini kalangan Bani Melayu yang akan berhadapan dengan krisis ekonomi. Tidak ada.
Hari ini main golf, hari Ahad cuti. Petang Isnin terus umum ‘Perintah Kawalan Pergerakan’. Mana rakyat tidak panik.
Jangan pula lepas 31 Mac ini, kalau kita berjaya hadapi krisis wabak dan kesihatan, rakyat berhadapan dengan krisis ekonomi dan pendapatan.
Tidak salah sekarang ini guna dana KWSP atau KWAP untuk gantian pendapatan. Mana boleh umum tutup begitu.
Ada Menteri Agama lakukan satu inisiatif untuk intitusi zakat buat dana khas bantuan Covid-19? Tiada. Mereka hanya kira hendak fatwakan tutup masjid.
Itu belum nasib yang bakal menimpa peniaga kecil. Apabila Lim Guan Eng bangkitkan nasib mereka ini ramai Bani Melayu yang gelak.
Yang berulang alik Singapura itu bani Melayu. Gelaklah sekarang. Sebab anda tidak rasa lagi. Ikut statistik, bani Cina ramai yang ada simpanan. Mereka boleh bertahan tutup sebulan pun.
Yang teruk nanti Bani melayu. Sampai 31 Mac terpaksa meminjam Along. Jangan ada yang terpaksa merompak apalagi pergi pecah atap macam kerajaan hari ini.
Orang macam saya tidaklah kaya mana tetapi mampulah bertahan. Tapi Bani Melayu dalam kalangan penjaja dan peniaga Kecil, apalagi yang bergantung harap dengan gaji harian.
Apapun ada hikmahnya. Kebanyakan yang menyokong Kerajaan Pintu Belakang ini Bani Melayu terutama kelompok bani 40 atau golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Baru mereka dapat rasa apabila Kerajaan Bani Melayu berkuasa rasa bagaimana. Bila perut lapar, bila duit tiada, sudah pasti mereka akan maki kepada kerajaan Bani Melayu itu juga.
Bani Melayu ini bila sesak dan susah, mereka tidak kira dah ‘Buy Muslim First’ (BMF) atau tidak.