HADI MASIH TIDAK MAHU MENGAKU BELIAU BERSUBAHAT DENGAN PENGKHIANAT ?JOM IKUT ATAP.....



Hadi kata partinya ingin menyelamatkan kerajaan yang mahu dirampas dari 'atap', kononnya ada usaha untuk menekan Tun M meletakkan jawatan atau mengambil alih jawatan dari Tun M sebagai PM.  Lawaknya hujah Hadi yang langsung tidak berfakta dan tidak berpijak di bumi nyata.

Siapa yang menekan Tun M letak jawatan?  Tidakkah fakta dan bukti menunjukkan bahawa Majlis Presiden PH telah bersetuju untuk Tun M menjadi PM mengikut kemahuan Tun M sendiri iaitu selepas Persidangan APEC bahkan tarikhnya pun diserahkan kepada Tun M untuk menentukan bila beliau mahu menyerahkan jawatan kepada Anwar, meskipun sememangnya bertentangan dengan semangat perjanjian di dalam manifesto PH itu sendiri?

Memberikan kuasa kepada Tun M untuk terus menjadi PM seperti yang beliau mahukan, tarikh pun Tun M yang tentukan, adakah itu dikatakan menekan Tun M?  Semuanya berjalan baik dan dipersetujui semua sehinggalah apabila Muhyiddin dan Azmin beserta gerombolannya khianat kepada keputusan Majlis Presiden PH.  Adakah Hadi mahu menyokong pengkhianatan?

Konon-kononnya Hadi mahu kata beliau mahu menyelamatkan Tun M dari diturunkan, tetapi fakta sekarang menunjukkan Hadi bukan sahaja membantu menurunkan Tun M bahkan membantu mendirikan kerajaan pintu belakang.  PH tidak masuk melalui atap dan PH masih memelihara Tun M di dalam rumahnya dengan baik.  Malangnya, para pengkhianat ini buka pintu belakang, dan jemput para-para lebai masuk di dalam rumah serta menghalau Tun M keluar.

Sekarang, Hadi mahu sokong pengkhianat demi kerana kuasa yang tidak pernah lebai perolehi dari mandat rakyat.  Hadi tidak perlu menjual agama dengan bermain dengan kata-kata yang meloyakan.

WFAUZDIN NS