Bekerja dari rumah hari ini sambil ditemubual Martin Soong dari CNBC International pagi tadi terkait COVID-19 dan perkembangan mutakhir negara.


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, meja dan dalaman

Bekerja dari rumah hari ini sambil ditemubual Martin Soong dari CNBC International pagi tadi terkait COVID-19 dan perkembangan mutakhir negara.

Saya beritahu Martin bahawa prioriti saya kini adalah bagaimana harus kita mendepani dampak COVID-19 kepada ekonomi, dan bagaimana dapat kita bantu mereka yang paling terkesan yakni yang miskin dan yang melarat.

Saya mengulangi pendirian PH bahawa kami mendukung segala usaha kerajaan dalam menangani kemelut ini. Saya tegaskan peranan kami sebagai pembangkang adalah memastikan semak imbang itu wujud dan juga langkah-langkah sewajarnya diambil. Turut ditekankan juga bahawa kelas pekerja dan keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik wajar diberi bantuan kewangan tatkala krisis menghimpit.

Saya turut disoal oleh Martin beberapa soalan terkait perkembangan politik. Saya sebut bahawa kerajaan kini tidak stabil memandangkan ada cubaan memujuk beberapa ahli Parlimen KEADILAN untuk menyertai kerajaan dengan ditawarkan pelbagai imbuhan.

Pada hemat saya ini menjawab persoalan betapa kerajaan tidak begitu efektif dalam mengurus krisis yang melanda negara hari ini. Nasihat saya, hentikan politik jelek ini dan beri perhatian serius urus kemelut yang menjejaskan warga dan negara.
-
Spent the morning working from home and speaking with Martin Soong on CNBC about COVID-19 and the latest developments in Malaysia.

I reiterated the position of Pakatan Harapan that we support all efforts by the government to address the current health and economic crisis. I affirmed our role as opposition to ensure that adequate measures are being taken by the government and that enough is being done for the working class and poor families who are facing the most difficulties to be able to weather this crisis.

I was also asked about Malaysia’s political scenario. It appears that the current government is quite fragile as even in the midst of this crisis there are cabinet ministers calling up MPs from KEADILAN asking them to join the government in exchange for perks and benefits. This is sheer carelessness at a time when the government should be focusing on confronting the crisis instead of politicking.