SITUASI SEMASA - PARTI DI SABAH DAN SARAWAK WAJAR MENYOKONG KERAJAAN PH



Setakat ini, Tun M masih PM sementara sehingga YDPA memutuskan siapa PM ke 8.  Kita tahu, PH yang mencalonkan Anwar sebagai PM telah mengatasi calon lain yang dipilih oleh semua MP.

Ini satu kelebihan buat Anwar Ibrahim untuk diangkat menjadi PM.  Tun M pula lebih awal meletakkan jawatan PM dan perletakannya diterima oleh YDPA. Beliau cuma diminta oleh YDPA untuk menjadi PM sementara sehingga YDPA membuat keputusan.

Parti GPS di Sarawak menyatakan bahawa 18 MP dari parti berkenaan akan menyokong mana-mana pilihan dari YDP.  Sekarang ini, kita tidak tahu keputusan YDPA, maka pendirian GPS itu masih tergantung.  

Saya melihat hari ini, YDPA cuma ada dua pilihan sahaja.  Pertama, Tuanku bersetuju untuk melantik Anwar Ibrahim (PH) bagi menjadi PM, bukan sahaja Anwar Ibrahim mendapat pilihan tertinggi, tetapi lebih baik kerajaan PH yakni kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU14 yang lalu dikembalikan semula kepada rakyat.  Rakyat tentu tidak mahu kerajaan selepas ini adalah kerajaan "pintu belakang".  Pelabur mana yang boleh percaya kepada "kerajaan kudeta"?

Pilihan kedua, Tuanku akan bersetuju dengan idea Tun M iaitu beliau terus menjadi PM tanpa terikat dengan mana2 parti.  Jika ini berlaku, saya tidak boleh bayangkan Tun M memiliki "senjata" yang lebih ampuh.  Saya tidak boleh bayangkan bagaimana seseorang ahli politik yang menang di dalam pilihanraya, tetapi menjadi PM yang kemudiannya mentadbir tanpa mahu ada kaitan dengan politik?  Bukankah PM itu sendiri orang politik dan naik pun kerana politik?  Lebih banyak mudharatnya memilih kaedah ini bagi menentukan jawatan PM.  Rakyat tidak boleh dipaksa untuk menerima ksedah yang langsung membelakangkan hak mereka.

Ada yang berpendapat YDA akan bertindak membubarkan Parlimen.  Saya tidak percaya ini berlaku walaupun Umno dan Pas memilih kaedah ini setelah mereka sedar mereka tidak boleh mengatasi Anwar di dalam mendapatkan sokongan.  Di dalam keadaan kewangan dan ekonomi negara sekarang, tambahan pula kita cuma ada separuh sahaja lagi untuk menghabiskan penggal PRU, membubarkan parlimen adalah langkah yang mungkin tiada dalam pemikiran YDPA. 

GPS Sarawak dan Warisan di Sabah, dua negeri yang sering disebut oleh Anwar Ibrahim sebagai negeri yang berpotensi untuk dimajukan lagi.  Alangkah bertuahnya rakyat di negeri tersebut sekiranya kerajaan negeri sekarang memberikan kepercayaan kepada Anwar Ibrahim, bekas Menteri Kewangan Terbaik Asia itu untuk menjadi pemimpin di negara ini.  Anwar adalah satu2nya pemimpin yang paling lantang menyuarakan hak negeri Sabah dan Sarawak.

InsyaAllah, hari ini YDPA akan membuat pilihan terbaik setelah memohon pertunjuk melalui solat "Istikhorah" nya.  Apa pun, rakyat perlu diutamakan bukannya kehendak pemimpin yang tidak boleh menunggu mandat PRU.  

WFAUZDIN NS