Ibrahim Mat Isa.
Walaupun dari segi kelengkapan perkhidmatan kesihatan, Singapura barangkali lebih banyak berbanding negara kita kerana mereka negara kecil.
Akan tetapi, dari segi kecekapan bertindak, kontingensi kakitangan dan gemblengan tenaga pakar, Malaysia jauh lebih terkehadapan.
Baru-baru ini, WHO memuji tindakan Malaysia dan KKM dalam mengendalikan kes berkaitan coronavirus. Hari ini pula, Jepun memuji Malaysia kerana berjaya menangani Covid19 dengan begitu berkesan.
Wabak memang akan tetap merebak, waima betapa maju negara itu dalam perkhidmatan kesihatannya. Malaysia beruntung kerana kita mempunyai tenaga yang mencukupi dan muafakat antara kementerian serta pihak berkuasa untuk mempastikan isu Covid tidak terlalu hebat menyerang.
Pihak berkuasa polis juga bertindak pantas memadamkan pencetus berita palsu yang menimbulkan panik di kalangan rakyat.
Pujian dan tahniah patut diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kesihatan sendiri yang bertindak dengan baik dan teratur, penambahan peralatan bagi mengimbas manusia supaya serangan wabak dapat dikurangkan.
Sementara itu, di negara seberang tambak jiran kita Singapura, wabak Covid19 membimbangkan sedikit kerana mungkin persekitaran yang terdedah dengan keluar masuk pelancong terutama dari China serta kepadatan penduduk di sana yang melebihi empat juta lebih..
Setakat hari ini, 77 kes positif Covid19 dicatatkan di Singapura dan ini merupakan tiga kali ganda dari yang berlaku di negara kita walaupun Perdana Menterinya sejak awal telah meniup wisel amaran mengenai gejala wabak itu lebih dahulu dari kita.
Semoga Singapura tabah mengendalikan wabak ini dengan baik, kerana jika Singapura sakit, kita akan mendapat tempiasnya.