PAKATAN NASIONAL TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN, KECUALI....



Kalau ditanya kepada Zahid Hamidi, sudah pasti bekas TPM dan Presiden Umno yang kini dihadapkan dengan tidak kurang dari 40 pertuduhan di mahkamah akan teruja dengan perancangan untuk menggabungkan Umno, Pas serta Bersatu bagi mewujudkan kerajaan baru 'pintu belakang'.

Apa lagi cara untuk mengelakkan diri dari pertuduhan seberat itu jika tidak melakukan tindakan sedemikian rupa?  Betul, Lokman Adam kata eloklah Umno dan Pas serta MCA terus dengan Muafakat Nasional sehingga PRU15 untuk membentuk kerajaan, tidak perlu bergabung dengan Bersatu.  Zahid tidaklah bodoh sangat, Lokman bolehlah bercakap begitu kerana Lokman tidak rasa apa yang Presiden parti beliau rasa.  Untuk menanti PRU15, masa ada lebih kurang tiga tahun lagi.  Di dalam tempuh tersebut, Zahid akan bergelut di dalam mahkamah dan siapa boleh jamin Zahid tidak akan sangkut di dalam salah satu dari banyak tuduhan ke atas beliau?   

Satu kes sahaja Zahid sangkut, hukumannya sudah pasti menjejaskan jawatannya sebagai Presiden Umno dan paling ditakuti olehnya adalah penjara Sg Buloh.  Waktu itu, jawatan Presiden Umno akan disapu oleh orang lain.  Sebab itulah Zahid fikir bergabung dengan parti Tun M lebih selamat untuk dirinya.  Dia tak peduli tentang negara dan rakyat, jauh sekali untuk orang2 Melayu.  Dia harap Tun M akan berselera untuk bergabung dengan Umno kerana Tun M boleh jadi PM lebih lama dan Zahid pula pasti selamat. 

Kalau tanya saya, adakah Tun M akan berselera dengan perancangan Zahid itu?  Jawapannya, sudah pasti Tun M tidak sebodoh itu melainkan beliau mengalami gangguan fikiran atau hilang akal.  Tun M tahu, sekiranya Bersatu bergabung dengan Umno dan Pas, kedudukannya sebagai PM juga tidak selamat kerana jumlah MP di dalam Bersatu jauh lebih sedikit dari jumlah MP dari Umno.  Bila2 masa Tun M akan dicampak keluar kerana dendam Umno kepada Tun M bukan sedikit.  .

Oleh itu, tidak masuk akal Tun M yang kini berada di dalam bahtera yang lebih sempurna dan selamat mahu berpindah ke bahtera yang telah rosak, kotor lagi jijik.   PH telah beri peluang Tun M menjadi PM sehingga dua tahun, baki lagi dua tahun lebih adalah untuk pemilik sebenar iaitu Anwar.  Tidakkah itu mewajibkan Tun M bersyukur? Saya tidak fikir Tun M tamak haloba sehingga memakan dirinya sendiri.  

Biarkan Zahid dan Umno syok sendiri.  Jangan kerana mahu jadi PM lebih lama, kita sanggup khianati rakyat.  Jangan kerana tidak mahu Anwar jadi PM, kita sanggup bersekongkol dengan penyamun.  Sehingga kini, Alhamdulillah, Tun M masih berakal dan waras.

WFAUZDIN NS