NEGARA MANA LANTIK KETUA KERAJAANNYA MELALUI DEWAN?



Rupa-rupanya ramai yang mahu berdebat dengan saya tentang apa yang saya tulis 9 Februari yang lalu. Ramailah yang acah-acah jadi demokrat. Saya bukan bercakap soal sentimen mu sokong siapa, aku sokong siapa. Saya bercakap tentang sistem, sistem raja berperlembagaan, tentang undang-undang, tentang perlembagaan, tentang "Westminster Political and Parliamentary Conventions."

UNTUK REKOD, SETAKAT YANG SAYA TAHU, PRESIDEN SINGAPURA SEBELUM 1993 DIPILIH DI DALAM DEWAN. PRESIDEN PAKISTAN JUGA DIPILIH DI DALAM DEWAN, BUKAN SATU DEWAN TETAPI TIGA DEWAN. ITU PRESIDEN, KITA CAKAP PASAL PERDANA MENTERI, OKLAH... PERDANA MENTERI FINLAND DIPILIH DI DALAM DEWAN. ADA NAMA MALAYSIA KE? TAK ADA, MALAYSIA TAK PILIH PERDANA MENTERI ATAU KETUA KERAJAANNYA DI DALAM DEWAN!

Malaysia adalah sebahagian dari Commonwealth. Oleh itu kita juga mengguna-pakai undang-undang tidak bertulis yang disebut sebagai "Westminster Political and Parliamentary Conventions."

Mengikut praktis berdasarkan konvensyen, Perdana Menteri adalah orang yang memimpin parti politik yang mempunyai majoriti dalam parlimen. Pakatan Harapan (PH) sekarang ini memegang majoriti dalam parlimen, PH mempunyai tiga pemimpin utama iaitu Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden. Siapa yang paling atas? Anda jawab sendiri.

Ketika kemenangan bersejarah 9 Mei 2018, kemenangan itu adalah melalui Parti Keadilan Rakyat kerana PH belum berdaftar dan semua calon PH bertanding atas platform Keadilan. Presiden Parti Keadilan Rakyat ketika itu adalah Dr Wan Azizah Wan Ismail, sepatutnya beliaulah yang dilantik sebagai Perdana Menteri. Tetapi oleh kerana konsensus awal PH, dan kuasa budi bicara YDPA yang boleh memperkenan konsensus tersebut, maka terlantiklah Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Malaysia.

Kepada yang nak sangat Dewan Rakyat memilih calon Perdana Menteri, cubalah buat usul dalam sidang akan datang. Buatnya ada yang mencadangkan Nurul Izzah Anwar jadi Perdana Menteri Malaysia, dan berjaya pula mendapat sokongan majoriti, baru anda tahu langit itu tinggi atau rendah!

Zukri Aksah