Najib di dua tempat, masa sama?
Misteri Nusantara tentang keberadaan DS Najib di dua tempat dalam satu masa
Semalam DS Najib berkongsi satu pernyataan saksi kes beliau iaitu Abang Jamil Khir.
Abang Jamil menyatakan bahwa satu mesyuarat tidak rasmi telah diadakan di antara DS Najib dan Raja Abdullah pada 11 Januari 2010, sehari selepas rombongan mereka tiba di Riyadh pada 10 Januari 2010. DS Najib dijadualkan mengadakan lawatan rasmi di Arab Saudi dari 13 Januari hingga 16 Januari 2010.
Anehnya, pada 11 Januari 2010, DS Najib telah didapati berada juga di Kuala Lumpur, merasmikan pembukaan pejabat korporat 1MDB di Menara IMC.