Majoriti Mudah

Majoriti Mudah
Pengarah komunikasi Amanah, YB Khalid Samad berkata yang PH sudah mendapat majoriti mudah, dari segi logiknya juga tidak mustahil sebab PH adalah gagasan yang terbesar dalam parlimen. Cuma perlukan 20 kerusi lagi untuk jadi kerajaan. Jika ini dapat di tafsirkan pada undi dan pengakuan bersumpah di hadapan YDPA, insyallah we can seal the deal. Hari Khamis mungkin perdana menteri baharu boleh mengangkat sumpah.

Cuma yang belum angkat bendera putih lagi adalah Bersatu/TSMY. Paling kuat dia boleh dapat 70 kerusi tapi belum boleh cukup hendak command majority jadi perdana menteri. Tu belum masuk part yang dia kena berkongsi undi dengan Ku Li dan Hisham Heli. Yang bijak nya YDPA ini dia buat undian ikut batch 85 orang dahulu, lagi 137 orang esok. Tapi YDPA panggil geng pembangkang yang terlajak sokongan dulu buat akuan bersumpah. Maybe depa tak expect untuk dapat soalan calon perdana menteri dan sama ada bubar parlimen so most of them being caught off guard tak dapat consensus calon PM yang sama. Cuma yang saya tak faham, syahir sulaiman duk puji Tuan Guru Hadi bijak bistari; tapi pasai apa PAS dok calon Ku Li?

Kenapa the biggest loser adalah bersatu? Ingat bersatu bertanding di bawah tiket harapan, membawa manifesto harapan, lepas itu keluar dari PH sebab hendak jawatan PM untuk diri sendiri. Even bersatu sendiri langgar arahan tun supaya jangan keluar dari PH. Bila bersatu kecewakan Tun, tu yang Tun kecil hati dan terus resign. Jadi dalam PH ada 3 parti utama PKR, DAP dan Amanah, kalau bersatu ada, bersatu lah calon TPM. Tapi sebab hangpa tak ada maybe TPM jatuh pada Amanah.

Kalau masih juga berlaku deadlock di mana ada MP yang tak setuju, maka berlaku snap election dan bersatu dengan sendiri nya akan kalah teruk. Macam saya dulu pernah cakap, bersatu kena tahu penggundi kalian dari demographic yang mana, lepas tu kalian sibuk join UMNO dan PAS bermain bandwagon perkauman. Hasilnya berapa kerusi bersatu yang kalah pada PRK. Kalau PRU, silap2 hanya berapa kerat sahaja yang akan kekal sebab kerusi yang hangpa menang adalah semi-urban.

PH mungkin dapat sokongan dari Warisan dan MP-MP yang mesra PH. Ini berdasarkan dalam kerajaan kaedah yang mana DS Mukhriz masih lagi MB walaupun bersatu keluar PH dan juga Perak Azumu masih lagi MB walaupun bersatu keluar PH. Johor pembangkang dah seronok sebab bersatu keluar dari PH dan bercadang nak tubuh kerjaan tapi seat masih lagi hung state 50/50. Lagi satu apa faedah jadi MB di negeri pembangkang? Silap besar la nak dapat bantuan macam 400 juta yang lebai-lebai itu dapat.

Jika PH berjaya tubuhkan kerajaan, saya pasti pengkhianat dari geng-geng kartel tadi akan u-turn, satu sebab tak ada 10 juta nak bayar. Betul, kalau back door jadi ada orang akan payung 10 juta tersebut, tapi kalau tak jadi , masak la korang nak bayar 10 juta. Yang ada kes polis pasti akan di dakwa, seperti Azmin dan Zuraidah, Lebai 90 juta. Kalau KP SPRM tak mahu bertindak, kita tukar juga kepada KP SPRM yang baharu.

Tolong ingat 3 jenis orang dalam hidup ini;

Siapa yang tinggalkan kita dalam masa susah
Siapa yang bersama dengan kita dalam masa susah
Dan SIAPA YANG LETAKKAN KITA DALAM KEADAAN SUSAH.

The good thing about this is, we will know the true colours of some people. Some people is trying to play the hardball, in the end is the one that have to eat dirt.

Insyallah, kalau PH berjaya survive this, we will grow stronger and better than before.

Amin