Kenapa la kartel bawa hujah bodoh utk melindungi pengkhianatannya?
Mereka kata, kita mahu Tun M letak jawatan. Bila Tun M letak jawatan, kita pula minta Tun M teruskan utk jadi PM.
Hakikatnya kartel bkn saja pengkhianat, tetapi bodoh. Tidak tahu fakta dan hujung pangkal.
Baru2 ini, Majlis Presiden PH bersetuju utk Tun M terus jadi PM sehingga APEC, bahkan tarikh Tun M mahu serah jawatan kpd Anwar pun kita setuju Tun M tentukan dgn berbincang dgn Anwar. Tidak timbul soal kita minta dia letak jawatan serta merta.
Tahukah kartel mengapa Tun M letak jawatan? Atas desakan dari PH kah? Tun M sendiri bgtahu dia letak jawatan kerana kecewa dengan partinya sendiri iaitu Bersatu yang mahu mengkhianati PH iaitu mahu bersama Pembangkang bagi mewujudkan kerajaan baru bersama puak kartel. Ertinya, PH tidak ada kaitan dengan Tun M letak jawatan PM. Siapa punya angkara? Cuba tanya muhyiddin dan Azmin.
PH kemudiannya menyatakan sokongan kpd Tun M kerana ingin meneruskan janji di dalam Mesyuarat Majlis Presiden sebelum itu, di samping tidak mahu pembangkang dan kartel menubuhkan kerajaan jijik pintu belakang.
Nah, hasilnya strategi kita berkesan hingga membuat kartel hilang punca. Sebab itu, mereka buat cerita bodoh seperti itu untuk melindungi pengkhianatan mereka.
WFAUZDIN NS