Kenyataan penjelasan terbaru A Kadir Jasin berhubung pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak memerupakan keputusan kolektif majlis pimpinan parti itu. Apa maksudnya itu?
Kita boleh faham berlaku "kudeta" pencalonan PM dalam parti Bunga itu. Menyimpulkan kejadian, pencalonan Muhyiddin itu sebagai pywar bukan perkara mutlak. Patutlah di tengah perundingan dengan PH, tiba-tiba sahaja Muhyiddin tarik hand brake sehingga tersungkur Mahathir.
Ia nampak seakan tulen apabila Umno dan Pas menerusi Setiausaha Agung masing-masing mengeluarkan kenyataan menyokong Muhyiddin sebagai PM. Sebenarnya tindakan Annuar dan Takiyuddin itu juga sebagai kudeta. Belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua presiden, Zahid dan Hadi.
Nama-nama ini, Azmin, Muhyiddin, Takiyuddin dan Annuar Musa awal-awal lagi nama yang saya sebut sebagai orang yang mempunyai agenda jahat bersama dan dalang di sebalik cubaan rampas kuasa kerajaan PH. Perlu diingat cubaan itu gagal. Kerajaan PH hilang apabila Mahathir letak jawatan sebagai PM. Kena faham kenapa Mahathir tiba-tiba letak jawatan.
Dengan hakikat ini bahawa Muhyiddin mendapat sokongan untuk jadi PM adalah palsu dan sebagai satu test market sahaja. Rancangan mencalonkan Muhyiddin itu sebagai perang psikologi melemahkan PH. Trims.