BELUM DILANTIK..TERKINI



*TERKINI*  Senarai MP dan bukti serta SD dari PH kini telah dibawa ke istana. Jumlah kita mencukupi walaupun tanpa GPS.  Doakan Agong terbuka hati

‪Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang baru.‬

‪Dengan sekadar kenyataan media itu, Muhyiddin Yassin belum sah menjadi Perdana Menteri sehinggalah beliau mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong.‬

‪Menurut Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan:‬

‪“Sebelum seseorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah taat setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam jadual Keenam.”‬

‪Perlantikan Muhyiddin Yassin belum sempurna selagi belum mengangkat sumpah jawatan dan sumpah taat setia dan juga sumpah simpan rahsia depan Agong.‬

‪Perkembangan politik terkini sehingga malam ini menunjukkan bahawa Dr Mahathir Mohamad yang disokong Pakatan Harapan kini memdapat sokongan lebih daripada 112 ahli-ahli Dewan Rakyat.‬

‪Aku berpendapat, Pakatan Harapan boleh segera mohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklum dan mengemukakan senarai nama dan bilangan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempersetujui Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.‬

‪Ini perlu dilakukan sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah.‬

‪Dengan demikian, pengumuman Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara mengenai perlantikan Muhyiddin Yassin akan menjadi tidak berkuatkuasa kerana belum mengangkat sumpah.‬

Justeru dengan itu, aku berpendapat bahawa Dr Mahathir Mohamad boleh dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dan mengangkat sumpah depan Yang di-Pertuan Agong selaras mengikut Jadual Keenam Perlembagaan.‬


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2536311413249025&id=100006105734896