Aku memuji tindakan pantas Timbalan Perdana Menteri yang turun ke Sekolah di Puchong bagi menzahirkan rasa simpati tindakan menurunkan tanglung dan Hiasan sempena tahun baru Cina yang dianggap sebagai simbol Agama oleh kelompok Ashabiyah dan Khawarij.
Sebelum ini, TG Nik Aziz pernah lakukan perkara yang Sama. Di Kota Bharu bila TG Nik Aziz melihat The Fatima Catholic Church diturunkan lambang Salib. TG Nik Aziz menghantar pegawai khasnya menawarkan bantuan kewangan jika salib itu dirosakkan akibat serangan.
Ketika heboh cerita Gereja diserang di Kuala Lumpur. Almarhum TG Nik Aziz turun dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur melawat 3 Gereja semata mata melahirkan rasa simpati atas kerosakan akibat serangan, antara gereja yang dilawat Tg Nik Aziz. Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dan Gereja St Francis Xavier.
Jadi apakah TG Nik Aziz lebih utamakan Gereja dari Masjid.? Tidak. TG Nik Aziz telah sampaikan satu mesej yang baik kepada semua penganut kristian dan masyarakat bukan Islam. Inilah salah satu uslub dakwah. Satu gambaran akhlak pemimpin Islam, sikap TG Nik Aziz itu pernah dilakukan Saidina Umar.
Baca tajuk Harakah depa tanya, Apakah Tanglung di ta'ati, Tapi Jawi di Khianati ? Siapa pulak yg khianat Jawi ? Pemimpin dan Kabinet ok saja tentang tulisan Jawi. Takkan depa nak melakonkan watak hero macam PAS dan UMNO. Walhal yang bantah Jawi secara terang terangan tu MCA yang Khianat Jawi dan menghapuskan tulisan jawi itu UMNO bukan DAP. Bukan pemimpin PH.
Biarpun ada tanggapan, agak pelik sampai beberapa Menteri turun bagi Sokongan kepada sekolah dan mempertahankan hiasan tu.. Sebenarnya dari sudut Politik ia satu mesej yang baik kepada Dong Zong dan MCA hatta kepada sebahagian pemimpin DAP.
Mereka Menteri PH buktikan mereka tidak Ashabiyah seperti Dong Zong dan MCA. Mereka sedia mempertahankan simbol kebudayaan Cina walaupun dianggap sebagai ancaman Agama, Sepatutnya mereka sepatutnya menghargai kebudayaan dan tulisan Melayu.
Biarpun kelompok Pembangkang memerli menteri PH. Tapi itu lah pembangkang. Menteri buat apa pun serba tak kena yg layak buat semua tu hanya Hj Hadi dan Ulama depa. Kalau menteri Amanah pergi Gereja depa panggil Khalid samad sebagai Khalid Gereja. Kalau Haji Hadi pergi dia kata inilah dakwah dan keadilan dalam Islam.
Sebenarnya mesej para menteri itu sampai hari ini melalui akhbar Cina hari ni. Itu yang dilakukan Almarhum Tok Guru Nik Aziz terhadap gereja. Bukan bermakna TG Nik Aziz lebih ta'ati Gereja dari masjid. Pada Pembangkang, kalau ada Asahbiyah mcm Dong Zong. Kita pun kena jadi lebih Ashabiyah dari depa, walhal kita kena tunjukkan Akhlak yg lebih baik.
Cara menteri bersama semalam bersatu hati. Aku memuji tindakan TPM dan jemaah menteri. Inilah gambaran Malaysia baru dan diharap inilah penyelesaian yg sama dalam isu jawi. Marilah kita tinggalkan seruan Ashabiyah. Bagi aku Wan Azizah ada bakat jadi Menteri Pendidikan. Sememangnya dia adalah wanita yang berakhlak dan berpendidikan 🙂
Ipohmali